Selasa, 4 April 2017

Selangor, Perak seri



ARKIB : 21/08/2003

JUARA 29 kali, Selangor memulakan aksi pertama bola sepak Piala Malaysia dengan hanya seri 4-4 menentang MPPJ Selangor dalam Kumpulan C di Stadium Shah Alam semalam.

Darko Novacic mencipta hatrik pada minit ke-14, 86 dan 90 untuk menjadi penyelamat penyandang juara itu. Satu lagi gol diperoleh menerusi Mohd. Nizaruddin Yusof (minit 52).

MPPJ memperoleh gol menerusi Haris Safwan Kamal (24, 47), Juan Manuel Arostegui (63) dan Aiman Firdaus Tan Abdullah (69).

Keith Gumbs mempamerkan aksi hebat dengan mencipta hatrik (37, 69 dan 76) untuk membantu Sabah menundukkan Pulau Pinang 4-2 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Zainizam Marjan menjaringkan gol keempat tuan rumah pada minit ke-68 manakala Pulau Pinang membalas menerusi Hasmawi Hassan (22) dan Gustavo Romero (48).

Juara Perdana Satu, Perak pula seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium Pasir Gudang walaupun mendahului menerusi jaringan Frank Seator (12) dalam kempen Kumpulan D. Rezal Zambery Yahya menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 10 minit.

Juara Perdana Dua, Public Bank Selangor pula tunduk 2-1 kepada Melaka di Stadium Selayang, Kuala Lumpur. Melaka memperoleh gol menerusi Rashid Mahmud (28) dan Emir Zafic (78). Public Bank membalas menerusi Ivan Ziga (42).

Dalam Kumpulan A, Pahang menang 2-1 ke atas Kelantan di Stadium Darulmakmur, Kuantan hasil jaringan Azizul Kamaluddin (32) dan Fadzli Shaari (51) manakala Kelantan memperoleh gol melalui Mohd. Hardi Ahmad (15).

Kedah pula menundukkan Johor 2-1 di Stadium Darulaman, Alor Star menerusi jaringan Zainuddin Ariffin (15) dan penalti Akmal Rizal Rakhli (67). Johor membalas menerusi Mohd. Shukri Ismail (46).

Perlis pula mempamerkan aksi meyakinkan dalam aksi pertama Kumpulan B apabila menundukkan Telekom Melaka 2-1 di Stadium Utama, Kangar menerusi jaringan Lamin Conteh Jr. (8) dan Roslee Md. Derus (17) manakala Telekom membalas menerusi Mohd. Hardi Jaafar (87).

Sementara itu, Sapian Wahid mencipta hatrik (29, 46, 60) untuk membantu Sarawak membelasah juara Piala FA, Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Sarawak, Kuching satu lagi gol menerusi Ramos Sari (10).

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4dHi4a8Yi© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan