Jumaat, 28 April 2017

Empat tempat jadi buruan

ARKIB : 29/09/2004
BAHANG kehangatan peringkat suku akhir Piala Malaysia mula dirasai dengan buruan empat lagi tempat akan diketahui malam ini.
Buat empat pasukan iaitu Juara Liga Super 2004 Pahang, Kedah, Sabah dan Pulau Pinang lega kerana masing-masing sudah mengesahkan tempat ke suku akhir.
Tidak banyak pilihan berada di tangan bagi pasukan yang berpeluang ke suku akhir, hanya kemenangan sahaja akan memastikan mereka layak.
Tumpuan utama sudah tentu dalam kumpulan C, pertemuan Selangor me-nentang Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam manakala Public Bank pula bertemu Sarawak di Stadium Nasional.
Buat keempat-empat pasukan mereka perlu menang, jika kalah bermakna salah satu pasukan akan tersingkir daripada beraksi ke suku akhir.
Pertemuan dua gergasi Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur sudah tentu mencuri tumpuan di Stadium Shah Alam.
Sudah tentunya masing-masing mencongak strategi mantap untuk mengutip tiga mata berharga dan mengesahkan salah satu tempat menjadi milik.
Dalam kumpulan B pula, Negeri Sembilan perlu menewaskan Pulau Pinang di Stadium Paroi untuk ke suku akhir.
Kemenangan itu sudah cukup buat Negeri Sembilan tanpa mengambil kira jika Perak menang ke atas juara Piala Ma-laysia musim lalu, MPPJ di Lumut.
Jika menang, Negeri Sembilan memungut 10 mata sedangkan Perak diandaikan menewaskan MPPJ sekadar meraih sembilan mata.
Perak mengharapkan Pulau Pinang menewaskan Negeri Sembilan.
Saingan sengit mengisi satu lagi tempat dalam kumpulan D turut menjadi perhatian untuk mengiringi Sabah.
Peluang itu jelas lebih memihak kepa-da Perlis tetapi mereka berdepan dengan tugas sukar berdepan dengan Sabah di gelanggang sendiri.
Hanya kemenangan akan mengesahkan tempat Perlis mengiringi Sabah ke suku akhir sekali gus mengenepikan ha-jat Telekom Melaka dan Johor FC yang turut mempunyai peluang.
Buat Telekom Melaka dan Johor FC, masing-masing mempunyai harapan ke suku akhir tetapi mengharapkan Perlis rebah di gelanggang sendiri.
Kedua-dua pasukan terikat dengan lima mata.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan