ARKIB : 06/10/2004
KISAH duka empat hari lalu masih belum dijadikan penentu buat lapan
pasukan untuk menempatkan diri ke separuh akhir bola sepak Piala
Malaysia kerana saingan sebenar bakal menjadi penentu malam ini.
Bukan laluan mudah untuk mengisi empat tempat ke separuh akhir walaupun tiga pasukan iaitu Public Bank, Sabah dan Negeri Sembilan sudah ada bekalan pada aksi suku akhir pertama Sabtu lalu.
Antara tiga pasukan itu, Public Bank satu-satunya pasukan berstatus kelab dianggap paling selesa selepas menewaskan Kedah 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan suku akhir pertama.
Berbekalkan dua gol mungkin memberi kelegaan kepada Public Bank untuk mencipta sejarah tersendiri mengikut jejak langkah MPPJ layak ke separuh akhir.
Berdasarkan reputasi semasa Public Bank dalam perlawanan Liga Super, mereka mempunyai rekod cemerlang ke atas Kedah apabila memenangi kesemua tiga perlawanan kepada Public Bank 4-3, 2-1 dan 3-1.
Satu kelebihan pasukan Public Bank kerana mereka mempunyai barisan pemain yang sanggup berjuang sehingga ke titisan keringat terakhir.
Bukan misi mustahil buat Public Bank untuk menewaskan pasukan handalan seperti Kedah untuk melangkah kaki ke separuh akhir buat pertama kali.
Begitu juga dengan Kedah, pastinya kelebihan di gelanggang sendiri malam ini akan digunakan sepenuhnya untuk merapatkan jurang selepas ketinggalan dengan dua gol.
Kejituan jentera serangan menerusi gandingan Akmal Rizal Rakhli dan Marco Magno Tavares menjadi harapan untuk memecah benteng Public Bank.
Bagi Sabah dan Negeri Sembilan yang memiliki kelebihan satu gol, keadaan itu dianggap belum terjamin.
Sabah yang menang 1-0 ke atas Pulau Pinang di gelanggang sendiri pastinya menghadapi tugas paling rumit bertandang ke tempat lawan.
Apa pun kelebihan satu jaringan milik Sabah belum begitu selesa.
Berdasarkan keputusan suku akhir pertama Sabtu lalu, perlawanan malam ini di antara kedua-dua pasukan masih boleh dianggap terbuka walaupun Sabah memiliki hanya sedikit kelebihan.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan, kemenangan 3-2 ke atas Perlis berbekalkan kelebihan satu jaringan tidak menjanjikan laluan selesa untuk mengulangi prestasi cemerlang di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Tugas berat buat Negeri Sembilan yang terpaksa berkunjung ke gelanggang lawan untuk meneruskan saingan suku akhir kedua dianggap tugas paling getir.
Satu lagi perlawanan yang turut menjadi tumpuan ialah Pahang bertemu Selangor di Stadium Darukmakmur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan