ARKIB : 26/08/2004
MPPJ Selangor menerima tamparan hebat dalam usahanya mempertahankan
Piala Malaysia apabila tewas 3-2 kepada Pulau Pinang pada persaingan
Kumpulan B di Stadium Petaling Jaya semalam.
MPPJ, yang muncul juara Liga Perdana, bangkit dua kali tetapi jaringan M. Nagaraja pada minit ke-52 memusnahkan usaha mereka untuk sekurang-kurangnya mencatat seri.
Sebelum itu Ng Kok Heng meletakkan Pulau Pinang di laluan kemenangan dengan jaringan pertama perlawanan pada minit ke-14 sebelum Mohd. Nizaruddin Yusof menyamakan kedudukan lapan minit kemudian. MPPJ sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi Frabricio Rene setelah Viatcheslav Melnikov menjaringkan gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-35.
Sementara itu Perak, yang menumpaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam perlawanan akhir tahun 2000 mengulangi pencapaian itu menerusi jumlah gol yang sama di Stadium Perak, Ipoh menerusi jaringan Chan Wing Hoong (minit 24) dan ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar Suffian (52) sekali gus meletakkan Perak di tangga teratas Kumpulan B menerusi perbezaan jaringan dengan Pulau Pinang.
Kuala Lumpur pula bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk mencatat kemenangan bergaya 5-3 ke atas Sarawak di Stadium Sarawak, Kuching - terima kasih kepada Marcelo Tarocha yang menjaringkan empat gol dalam baki 30 minit permainan.
Tuan rumah mengorak langkah awal menerusi jaringan Robert Eshun pada minit ke-15 sebelum Abang Mohd. Zafari Abang Othman menambah dua gol pada minit ke-38 dan 40.
Kuala Lumpur mula bangkit pada minit ke-42 apabila Luis Rodrigo menjadikan kedudukan 3-1 sebelum kedudukan semakin rapat apabila Tarocha menjaringkan gol pertamanya semalam pada minit ke-64.
Sarawak kehilangan Fadly Kassim tiga minit kemudian, menjadikan usaha Kuala Lumpur menjadi mudah dan Tarocha menemui sasaran pada minit ke-70, 80 dan 82.
Kemenangan itu meletakkan Kuala Lumpur selaku pendahulu Kumpulan C, di depan Public Bank yang menundukkan Selangor 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil hasil jaringan Gustavo Fuentes (44).
Dalam persaingan Kumpulan D, Johor FC bangkit pada babak kedua dengan tiga gol untuk menundukkan Perlis 3-2 di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Keputusan itu meletakkan Johor FC mendahului persaingan Kumpulan D di depan Telekom Melaka yang menundukkan naib juara Piala Malaysia dua kali berturut-turut pada 2002 dan 2003, Sabah 2-1 di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Pasukan tercorot Liga Super, Kedah pula sekadar seri 1-1 dengan MK Land di Stadium MPS, Selayang dalam perlawanan Kumpulan A.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan