ARKIB : 31/08/2005
KUALA LUMPUR - Tuah memihak
kepada Terengganu yang menjadi pasukan kedua layak ke suku akhir selepas Perak
tanpa perlu mengeluarkan peluh.
Gara-gara kesilapan Sabah
menurunkan Madzlan Emoi yang sepatutnya tidak beraksi selepas menerima dua kad
kuning ketika bertemu Terengganu di Likas pada 17 Ogos lalu membawa padah yang
memihak kepada skuad Penyu.
Jawatankuasa Pertandingan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengambil keputusan memberikan tiga
mata penuh kepada Terengganu atas kesilapan Sabah.
Ketika Terengganu layak, nasib
beberapa pasukan pilihan seperti Perlis, Selangor, Pulau Pinang, Negeri
Sembilan, Kedah dan Pahang ibarat `nyawa dihujung pedang'.
Tidak dinafikan juga peluang
pasukan berstatus kelab seperti PKNS, MPPJ, Telekom dan MK Land untuk mengisi
enam lagi tempat ke suku akhir.
Pastinya aksi terakhir malam
ini terbentang pertembungan paling dramatik yang akan menentukan untung nasib
pasukan pilihan untuk mara atau tersisih mengejut.
Perlis tidak mempunyai pilihan
perlu menewaskan PKNS untuk mengiringi Terengganu ke suku akhir.
Telekom perlu menewaskan Negeri
Sembilan begitu juga Pulau Pinang yang berdepan dengan Kuala Lumpur.
Pahang perlu menyekat
kebangkitan MPPJ jika tidak mahu tersisih.
Kedah pula dijangka mudah
mengenepikan cabaran Johor FC.
Selangor pula mesti menewaskan
Public Bank jika berhasrat ingin mengiringi Pe-rak yang telah layak ke suku
akhir.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ivgYqWpg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan