ARKIB : 01/10/2005
PERLIS 2 SELANGOR 1
``Kedua-dua pasukan pernah
bertemu Terengganu sebelum ini dan saya menganggap Perlis mempunyai peluang untuk
mengekalkan kejuaraan dengan kemenangan 2-1.''
- Jurulatih Terengganu,
Yunus Aliff.
PERLIS (kelebihan satu gol)
``Saya memilih Perlis sebagai
pasukan pilihan dalam perlawanan akhir kerana mereka mempunyai jentera serangan
yang mantap. Bagaimanapun, mereka mungkin menang dengan kelebihan hanya satu
gol sahaja.''
- Pengurus Terengganu,
Sheikh Ahmad Tajuddin
Sheikh Yusof.
50-50
``Saya berpendapat peluang
kedua-dua pasukan adalah seimbang iaitu 50-50. Sukar untuk memilih siapa yang
bakal muncul juara kerana Selangor dan Perlis memiliki kelebihan masing-masing.
``Sebagai juara Piala FA,
Selangor berada di situasi kemuncak manakala Perlis merupakan sebuah pasukan
yang stabil dan boleh terima apa-apa cabaran yang datang.''
- Jurulatih Pahang,
Zainal Abidin Hassan.
50-50
``Dua-dua pasukan ada kekuatan
dan kelemahan masing-masing. Dari segi serangan, Perak mempunyai kelebihan
namun Selangor terkenal sebagai pasukan yang bersemangat tinggi dan
berpengalaman. Sesiapa pun yang akan muncul juara kali ini, hanya mampu menang
tipis.''
- Jurulatih Perak, Toni Netto.
SELANGOR 2 PERLIS 1
``Selangor pilihan saya untuk
merangkul Piala Malaysia. Mereka ada gabungan lengkap penyerang import dan
tempatan seperti Bambang Pamungkas, Brian Fuentes, Elie Aiboy, Khalid Jamlus
dan Amri Yahyah. Berbeza dengan Perlis yang hanya bergantung kepada Zacharia
Simukonda dan Phillemon Chepita. Menjuarai Piala FA juga menjadi satu kekuatan
semangat tambahan Selangor.''
- Jurulatih Kedah,
Azrai Khor Abdullah.
SELANGOR 2 PERLIS 1
``Kemampuan Selangor sudah
terserlah sejak mengalahkan Perak 4-2 untuk menjuarai Piala FA. Selangor kental
dan bersemangat juang serta bersefahaman namun Perlis akan menyaingi
habis-habisan tetapi hanya akan tewas tipis.''
- Jurulatih Sabah, Justin
Ganai.
PERLIS 1 SELANGOR 0
``Perlis mantap di semua
posisi. Gandingan penyerang import mereka, Simukonda dan Chepita mampu mencipta
jaringan. Perlis bermain secara sepasukan - aset utama dalam bola sepak tetapi
Selangor cuma bergantung kepada individu tertentu.''
- Jurulatih Negeri Sembilan,
K. Devan.
``Perlis akan menang tipis
kerana mempunyai kekuatan yang lengkap terutama pertahanan, berbanding Selangor
yang sedikit lemah biarpun mereka mempunyai barisan tengah yang amat kuat.''
- Jurulatih Telekom Melaka,
Irfan Bakti Abu Salim.
PERLIS (menang tipis)
``Saya pilih Perlis kerana dua
penyerang import mereka yang cukup berbisa. Selangor masih pasukan yang baik
dengan memiliki Bambang Pamungkas. Persaingan kali ini pasti sengit kerana
kedua-duanya sudah meraih piala lain dan keputusannya pasti tipis. Saya tidak
fikir masa tambahan atau sepakan penalti perlu untuk menentukannya, cukup
dengan hanya 90 minit.''
- Bekas jurulatih kebangsaan,
Bertalan Bisckei.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4j5sVtgFZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan