ARKIB : 06/08/2006
KUALA LUMPUR - Dua gol menerusi
Zachariah Simukonda membantu kemenangan Perlis menewaskan Terengganu 3-2 dalam
perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Utama,
Kangar, malam tadi.
Tuan rumah memecah kebuntuan jaringan
pada minit ke-34 menerusi Mohd. Sairozi Daud dan sepakan penalti Simukonda pada
minit ke-41 untuk mendahului lawan 2-0.
Bagaimanapun pada minit ke-49,
Terengganu merapatkan jurang 1-2 menerusi jaringan Sharleilins Miranda pada
minit ke-49.
Pelawat terus cemerlang untuk
mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-74 hasil sepakan leret Rosairil Asrul Mat
Nor.
Gol kemenangan Perlis
dijaringkan oleh Simukonda pada masa kecederaan perlawanan hendak ditamatkan.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
kelebihan bermain di gelanggang sendiri tidak membawa tuah kepada NS Naza
apabila sekadar terikat dengan keputusan seri 1-1 bertemu Sarawak.
Tugas berat kini menanti NS
Naza berdepan dengan kekentalan Sarawak di tempat lawan pada saingan suku akhir
kedua pada 12 Ogos ini.
Kecewa tuan rumah bermula pada
minit ke-29 apabila sepakan penalti Christian Bekamenga ditampan keluar oleh
penjaga gol Sarawak, Ishak Majali.
Bagaimanapun, Bekamenga menebus
kesilapan itu apabila dia meledakkan jaringan pendahuluan pada minit ke-34.
Sarawak menyamakan kedudukan
1-1 menerusi sepakan percuma B. Rajanikandh.
Di Stadium Perak, tuan rumah
Perak mendapat bekalan terbaik untuk melangkah kaki ke separuh akhir apabila
mudah menewaskan Pulau Pinang E&O 3-0.
Kedatangan Pulau Pinang tidak
menjejaskan reputasi Perak yang jelas menguasai penuh pentas saingan dan wajar
membawa bekalan tiga gol bertandang ke tempat lawan minggu ini.
Gol pertama Perak dijaringkan
oleh R. Surendren pada minit kedua manakala Abdoulaye Traore menambah gol kedua
pada minit ke-60 manakala gol ketiga pula dijaringkan oleh Harizul Izuan Abdul
Rani pada minit ke-82.
Di Stadium Hang Jebat, Telekom
Melaka meneruskan aksi cemerlang apabila menewaskan MPPJ 3-0.
Gol-gol kemenangan Telekom
Melaka dijaringkan oleh Chaswe Nsofwa (m-18), sepakan penalti Hardi Jaafar (32)
dan Rudie Ramli (73).
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4lTsOvPuK
© Utusan Melayu (M) Bhd