HAQIMIE (dua dari kanan) yakin kemampuan pemain T-Team.
Kuala Terengganu: Ayuh T-Team! Buktikan kemampuan dalam misi mencipta sejarah melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia. Itulah kata-kata semangat ketua jurulatih skuad bergelar The Titans Rahmad Darmawan menjelang pertemuan separuh akhir kedua bertemu juara bertahan Piala Malaysia Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam ini.
Pemain The Titans kini diibaratkan sebagai ‘harimau luka’ selepas tewas 1-2 dalam aksi separuh akhir pertama di tempat lawan pada 1 Oktober lalu dan kini berpeluang cerah untuk bangkit memburu kemenangan apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri.
“Atas kertas, pasti pengalaman lebih memihak kepada Selangor berikutan kejayaan merangkul trofi berprestij itu sebanyak 33 kali termasuk musim lalu berbanding T-Team yang baru dua kali layak ke separuh akhir saingan Piala Malaysia.
“Tetapi atas padang skripnya cukup berbeza dan kita mampu lakukan kejutan selain berharap situasi berkenaan tidak akan menjadi satu beban buat pemain, saya tetap berkeyakinan dan percaya pemain bakal memperoleh motivasi yang tinggi untuk membuktikan kemampuan mereka,” kata Rahmad.
Pengendali yang pernah membimbing skuad kebangsaan Indonesia itu turut menyatakan beliau tidak rela anak buahnya melepaskan peluang terbaik walaupun sedar pasukan pelawat memiliki barisan pemain berkualiti dan berpengalaman berbanding T-Team yang masih mentah.
“Kita ada resipi dan acuan kita sendiri, kita juga tidak hanya fikirkan bagaimana untuk menghasilkan jaringan bagi memadam kelebihan lawan tetapi kita juga perlu ada cara bagi mengelak lawan meledak jaringan.
“Saya sudah mempersiapkan semua pemain di setiap posisi dalam aksi penting ini dengan harapan pemain mampu memperagakan aksi terbaik tanpa tekanan sepanjang 90 minit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Mesotropin Sdn Bhd (MESOTROPIN) Shekh Mohd Haqimie Shekh Husain menyatakan, berdasarkan prestasi semasa, skuad bimbingan Rahmad mempunyai peluang cerah melangkah ke final.
Selain itu, Mohd Haqimie berkata, Mesotropin yang juga antara penaja skuad The Titans musim ini turut membayangkan pemain yang dimiliki skuad itu mampu melangkah lebih jauh terutamanya selepas menggunakan produk nutrisi sukan keluaran syarikatnya.
“Sebagaimana yang kita ketahui melalui pengambilan Mesotropin HydroWhey ia akan dapat membantu meningkatkan kecergasan, pembinaan otot dalam masa yang singkat serta dapat membantu proses pemulihan bagi menjana tenaga dan fokus.
“Dengan menggunakan M-sotropin sebagai makanan tambahan pula, penjanaan hormon pertumbuhan sedia ada di dalam badan dapat membantu anda membina saiz dan jisim otot di samping dapat mencegah penguraian otot selepas berakhirnya sesi latihan yang dipanggil proses katabolisma,” katanya.
Bercakap mengenai bahan utama dalam M-sotropin, Haqimie berkata, bahan utama yang terdapat dalam produk itu terdiri daripada BCAA, tribulus dan tongkat ali.
“Dalam kata lain, M-sotropin ialah pemakanan tambahan manakala HydroWhey pula pemakanan tambahan yang diambil selepas melakukan latihan berat, justeru kami menyarankan produk keluaran Mesotropin adalah pilihan bijak dan tepat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 8:51 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan