Isnin, 17 Oktober 2016

Gol awal rentap semangat Titans

 
PEMAIN T-Team Arif Fadzillah (kiri) melepasi asakan Bunyamin Umar.
Malik Muhamad & Ahmad Rabiul Zulkifli
sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: “Bukan aksi sebenar pemain,” ia kesimpulan ketua jurulatih T-Team Rahmad Darmawan selepas pasukannya dilemaskan juara bertahan Selangor pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Selain itu jaringan seawal minit kedua menerusi R Gopinathan dan gol kedua pada minit ke-18 melalui Ugo Ukah membunuh semangat juang pemain The Titans untuk kembali bangkit memadam kelebihan pasukan pelawat yang begitu selesa mendominasi perlawanan dengan kemenangan 3-0 untuk menjadikan agregat 5-1.

“Pada awal babak pertama kami bermain terlalu berhati-hati dan memberi ruang kepada lawan bergerak bebas yang akhirnya membawa padah selepas The Titans ketinggalan dengan jaringan pendahuluan.

“Selepas jaringan awal itu pemain mungkin terkejut dan sedikit sebanyak melemahkan semangat dan mental pemain untuk kembali bangkit untuk memburu gol bagi merapatkan kedudukan,” kata Rahmad sebaik tamat perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 9:08 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan