Aksi Konate pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam. FOTO NSTP
BERNAMA
Kuala Terengganu: 'Awang import' Makan Konate tekad mahu mencipta sejarah dalam membantu membawa pasukan T-Team ke final Piala Malaysia musim ini.
Bagi erealisasikan impian pemain berusia 25 tahun itu berharap kesemua pemain akan terus memberi komitmen penuh apabila menentang Selangor pada aksi separuh akhir kedua di laman sendiri, Sabtu ini.
Walaupun ketinggalan 1-2 pada separuh akhir pertama Konate menganggap ia peluang terbaik untuk pasukan itu membuat penampilang sulung di final dengan sokongan penyokong serta tuah gelanggang sendiri.
"Fokus kami untuk memenangi perlawanan penting ini," kata pemain kelahiran Mali itu, hari ini.
Menurutnya, ketika ini semua pemain membuat persediaan mental dan fizikal menerusi latihan direncanakan oleh ketua jurulatih, Rahmad Darmawan.
Biarpun tanpa kelibat rakan senegara Abdoulaye Maiga di barisan depan dalam kesebelasan utama, Konate kehadiran semula perancang utama, Dilshod Sharofetoinov akan menyuntik semangat pemain mencari kejayaan.
Sharofetoinov, pemain kelahiran Uzbekistan sebelum ini tidak dapat diturunkan pada aksi separuh akhir pertama akibat penggantungan satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.
Konate pemain tengah yang kerap peranan selaku penggempur bentang pertahanan lawan, berkata kehadiran semula Sharofetoinov kembali memberi semangat sekali gus memperkuatkan barisan serangan.
Beliau yakin pasukannya mampu menampilkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam berbanding dua minggu lalu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 5:40 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan