Isnin, 31 Oktober 2016

Rizal pasrah

Rizal pasrah
 
RIZAL (dua kiri) miliki sejarah gagal sepakan penalti sejak di Kelantan.
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Dua watak bernama Rizal menjadi tumpuan pada final Piala Malaysia kelmarin antara Kedah dan Selangor namun kedua-duanya mempunyai cerita berbeza terutama ketika detik penentuan penalti terakhir.

Rizal Ghazali iaitu pertahanan Kedah dijulang sebagai wira kerana berjaya menyempurnakan sepakan penalti namun pertahanan tengah Selangor, Rizal Fahmi Rosid berdepan situasi berbeza kerana tugas yang diberi gagal disempurnakan.


Bagaimanapun, Rizal Fahmi tidak mahu insiden itu melemahkan semangatnya untuk masa akan datang, sebagai seorang pemain bola sepak profesional dia pasrah dengan kegagalan itu dan tidak serik mengambil sepakan penalti jika diberikan tanggungjawab sekali lagi.

“Sejarah gagal menyempurnakan sepakan penalti memang berlaku buat saya sejak bermain bersama Kelantan lagi. Malam ini (kelmarin) sama juga namun sebagai seorang pemain bola sepak istilah serik tidak ada dalam diri saya,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Rizal yang beraksi selama 120 minit mengakui berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh rakan sepasukan hingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

“Kami bermati-matian untuk cuba mengekalkan trofi ini di bumi Selangor, namun ketika penentuan penalti ada antara kami termasuk saya sendiri gagal menyempurnakan tugas yang diberikan.

“Memang ada sedikit perasaan kecewa tapi inilah lumrah bola sepak,” kata pemain kelahiran Tumpat itu.

Dia yang pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan mengakui Selangor layak dipuji walaupun tumpas kerana mereka bukan kalah tanpa memberi tentangan sengit kepada lawan.

“Kami kalah melawan, semua pemain sudah memberikan aksi 100 hingga 200 peratus. Kami juga sering berlatih mengambil sepakan penalti namun apa boleh buat bukan rezeki kami,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 6:21 AM



Piala Malaysia milik Kedah

31 Oktober 2016 12:19 AM
 piala malaysia
piala malaysia
Penjaga gol Selangor, Khairul Azhan (kiri), cuba melakukan bentesan keatas pemain Kedah sewaktu Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2016, di Stadium Shah Alam, di sini malam tadi. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
SHAH ALAM 31 Okt. - Kedah menebus kekecewaan musim lalu apabila menundukkan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 dalam aksi final Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Terdahulu, Rizal Ghazali membuka jaringan Kedah pada minit ke-52 selepas rembatan kencangnya menyinggah badan pemain skuad Red Giants, S. Veenod sebelum bola melambung masuk ke gawal gol.


Selangor hanya memerlukan lapan minit selepas itu untuk mereka menceriakan kembali penyokong Selangor menerusi rembatan rendah Hazwan Bakri selepas memanfaatkan hantaran pendek Patrick Ronaldinho. –SUMBER- UTUSAN ONLINE 31.10.2016

`Sambaq balik Kedah' [METROTV]

 Aziman Rosdi dan Firdaus Hashim & Ferzalfie Fauzi
sukan@hmetro.com.my
 
KEDAH muncul juara Piala Malaysia edisi ke-90 apabila mengalahkan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit serta masa tambahan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pemain pertahanan kanan Kedah Rizal Ghazali muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir selepas sepakannya menuju ke sebelah kiri pintu gol Selangor tatkala penjaga gol lawan, Khairul Azhan Khalid merebahkan badan ke sebelah kanan.


Dalam aksi perlwanan akhir itu Selangor memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-13 apabila ketua pasukan mereka, Andik Vermansyah melepaskan rembatan dari luar petak penalti namun ia berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Lima minit kemudian giliran pasukan Kedah pula mengatur serangan merbahaya apabila Syawan Zainon berjaya melakukan hantaran lambung dari sebelah kiri namun pertahanan kanan, Rizal melakukan rembatan tersasar keluar.

Bersambung pada babak kedua Selangor hampir memperoleh jaringan apabila Ahmad Hazwan Bakri melakukan hantaran pendek dalam petak penalti pada minit ke-47 namun rembatan Andik berjaya diselamatkan Amirul Hisyam Awang Kechik.

Dua minit kemudian Gergasi Merah sekali mempunyai peluang terbaik namun rembatan Hazwan sedikit tersasar apabila memperoleh hantaran cantik dari Patrick Ronaldindo.

Ketika Selangor sedang rancak mengasak, Kedah melakukan serangan balas pada minit ke-52 dan mereka berjaya memperoleh jaringan apabila rembatan dari luar petak oleh Rizal terkena S Veenod sebelum bola menerjah ke dalam gawang.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila Ahmad Hazwan tenang menolak bola masuk ke dalam gawang lawan pada minit ke-60 selepas melakukan gerakan solo masuk ke dalam petak penalti.

Kedua-dua pasukan menamatkan saingan 90 minit terikat 1-1 dan keputusan itu kekal sehingga masa tambahan (30 minit) sebelum aksi untuk juara Piala Malaysia ditentukan menerusi sepakan penalti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 12:52 AM

'Maafkan saya gagal pertahankan piala'

ANDIK (tengah) pamer aksi terbaik.

Shah Alam: Kapten Selangor, Andik Vermansyah mengakui kecewa dan menyalahkan dirinya apabila gagal memastikan Red Giants mempertahankan Piala Malaysia apabila tewas menerusi sepakan penalti 5-6 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

“Jujur saya katakan, saya kurang berpuas hati dengan permainan sendiri dan tanggungjawab selaku ketua pasukan amat besar, malah saya sedikit gugup.

“Saya ucapkan tahniah kepada Kedah dan mohon maaf kepada penyokong Selangor kerana gagal mempertahankan trofi,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi malam tadi.


Sementara itu pengendali Selangor, K Gunalan menyifatkan anak buahnya sudah melakukan tugas dengan baik namun nasib tidak menyebelahi pasukannya kali ini.

“Saya bangga sebab tak kalah dalam 90 minit dan sehingga masa tambahan tapi sepakan penalti saya tak boleh nak cakap apa-apa.

“Ia lebih kepada faktor nasib kerana pemain berpengalaman pun ada yang gagal menyempurnakannya. Tapi walaupun kami kalah penalti saya tetap bangga dengan pemain.

“Kami mempunyai dua atau tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol termasuk melalui Hazwan namun nasib juga tidak menyebelahi kami,” kata Gunalan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 11:22 AM

Ahad, 30 Oktober 2016

Kemenangan ajaib: Baddrol

 
BADDROL (kanan) gembira dengan gelaran kelima Piala Malaysia Helang Merah.

Shah Alam: Kapten Kedah Baddrol Bakhtiar menganggap kejayaan menumpaskan Selangor di pentas final untuk menjulang trofi Piala Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 di Stadium Shah Alam malam tadi sebagai satu keajaiban.

Bagi Baddrol, 28, dia terbayangkan drama penentuan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia 4-3 untuk menjuarai pingat emas Sukan SEA Jakarta 2011 selepas permainan turut terikat 1-1 di Stadium Gelora Bung Karno.

“Saya mahu semua pemain kekal positif ketika sepakan penalti dan ketika itu saya sudah terbayangkan aksi final Sukan SEA Jakarta dan saya mengharapkan keajaiban berlaku,” katanya yang turut menjadi kapten skuad negara kendalian Datuk Ong Kim Swee di temasya sukan itu.

Tahun lalu Kedah tumpas 0-2 di final kepada Selangor yang merangkul gelaran ke-33.

Bagaimanapun skrip berbeza pada edisi ke-90 Piala Malaysia apabila skuad Helang Merah beraksi cemerlang dengan mendahului 1-0 pada minit ke-52 menerusi Rizal Ghazali namun Selangor berjaya menyamakan lapan minit kemudian hasil jaringan Hazwan Bakri.

Bagi pengendali Kedah Tan Cheng Hoe, beliau cukup gembira apabila berjaya menyempurnakan impian untuk merangkul gelaran selaku jurulatih selepas membantu negeri kelahirannya itu muncul juara pada 1990 sebagai pemain.

“Ini kemenangan cukup bermakna bagi saya sebagai jurulatih selepas menang sebagai pemain pada 1990.

“Pemain menunjukkan komitmen tinggi, berjuang bersungguh-sungguh dan sememangnya saya yakin kami mampu menang pada perlawanan ini,” katanya.

Ia kejuaraan kelima Kedah selepas kali terakhir menang pada 2008.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 11:25 AM

KEPUTUSAN PENUH SELANGOR 1-1 (5-6) KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
m-Hazwan Bakri                     m-52 Rizal Ghazali  
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
16 MAURO OLIVI
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI
18 HALIM  SHAARI

19 FARHAN ROSLAN

KEPUTUSAN TAMBAHAN PERTAMA SELANGOR 1-1 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
m-Hazwan Bakri                     m-52 Rizal Ghazali      
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
16 MAURO OLIVI
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI

18 HALIM  SHAARI

KEPUTUSAN MASA KEDUA SELANGOR 1-1 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
m-Hazwan Bakri                     m-52 Rizal Ghazali      
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI
18 HALIM  SHAARI


TERKINI SELANGOR 1-1 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
m-Hazwan Bakri                     m-52 Rizal Ghazali      
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI

18 HALIM  SHAARI

TERKINI SELANGOR 0-1 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-1 Kedah      
                     m-52 Rizal Ghazali      
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN
21 HAFIZ KAMAL
13 RAZMAN ROSLAN
PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN
13 KHAIRUL HELMI

18 HALIM  SHAARI

KEPUTUSAN MASA PERTAMA SELANGOR 0-0 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-0 Kedah      
         
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN
14 SMELTS SHANE
PEMAIN GANTIAN

13 KHAIRUL HELMI

TERKINI SELANGOR 0-0 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-0 Kedah      
         
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN KEDAH
31 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL
14 SMELTS SHANE

PEMAIN GANTIAN

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2016 SELANGOR 0-0 KEDAH

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Selangor  0-0 Kedah      
         
PEMAIN SELANGOR
01.KHAIRUL AZHAN
03 AZMI MUSLIM
04 PATRICK RONALDINHO
07 ANDIK VERMANSAH
08 SAIFUL RIDZUWAN
11 HAZWAN BAKRI
12 BUNYAMIN UMAR
17 RIZAL FAHMI
18 UGO UKAH
23 S.VEENOD
25 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN KEDAH
01 MOHD IFWAT KAMAL;
04 BANG
25 AZMEER YUSOF
15 RIZAL GHAZALI
07 BADROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
09 THIAGO AGUSTO
16 MOHD AMIRUL HISYAM
22 SYAZWAN ZAINON
03 SYAWAL NORDIN

14 SMELTS SHANE

Impian menggunung K. Gunalan

Oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

GUNALAN (kanan) optimis para pemainnya mampu merealisasi impian Selangor untuk merangkul Piala Malaysia buat kali ke-34 pada final menentang Kedah di Stadium Shah Alam malam ini.

KEJAYAAN menjulang trofi sebagai jurulatih lebih manis berbanding ketika menjadi pemain.”

Demikian ujar pengendali Selangor, K. Gunalan yang meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak buahnya supaya impian untuk meraih Piala Malaysia sebagai ketua jurulatih terlaksana pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam malam ini.

Sebagai rekod, bekas pemain kebangsaan itu adalah watak penting dalam skuad Gergasi Merah yang berjaya mencipta gelaran ‘hatrik’ Piala Malaysia pada edisi 1995 hingga 1997.

Sehubungan itu, Gunalan yang mengambil alih posisi yang ditinggalkan oleh pengendali asal Sela­ngor musim ini, Zainal Abidin Hassan yang dipecat pada Ogos lepas, percaya barisan pemain mampu merealisasikan hasratnya untuk mendakap trofi bersejarah itu sebagai jurulatih buat pertama kali.

“Saya pernah memenangi piala ini sebanyak tiga kali sebagai pemain dan sekali sebagai jurulatih. Secara jujur, perasaan untuk membawa pasukan ke pentas ­akhir bukan mudah kerana ia ada cabarannya tersendiri.

“Namun, saya akui akan lebih puas sekiranya saya dapat memenangi trofi ini sekali lagi ketika bergelar jurulatih. Ini adalah pe­luang saya dan pemain untuk mencatat nama dalam sejarah pasukan Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.

Mengulas lanjut, Gunalan turut mendedahkan kemungkinan besar formula atau kesebelasan utama yang sama bakal digunakan pada pertemuan menentang skuad Helang Merah tetapi segalanya bergantung kepada kecergasan pemain.

“Saya gembira kerana semua pemain telah kembali pulih daripada kecederaan dan membuatkan kami lebih banyak pilihan. Bagaimanapun, saya boleh mengesahkan bahawa barisan pertahanan Selangor akan kekal diterajui oleh Ugo Ukah dan Rizal Fahmi Abdul Rosid kerana mereka beraksi dengan cemerlang pada kempen sebelum ini.

“Susulan itu, khidmat ketua pa­sukan, Shahrom Kalam terpaksa diletakkan di bangku simpanan dan lilitan kapten bakal diserahkan sekali lagi kepada bintang import kami, Andik Vermansyah.

“Mengenai taktikal perlawanan, saya inginkan pemain supaya beraksi lebih tenang selain mahu mereka memburu gol awal untuk mengelakkan pasukan bermain dalam keadaan tertekan. “Bagaimanapun, harapan utama adalah untuk menghabiskan permainan dalam tempoh 90 minit tetapi saya turut memastikan pemain telah bersedia mengenai kemungkinan saingan diheret ke penentuan penalti,” ujarnya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4OZ0WgLCX Hakcipta terpelihara

Sabtu, 29 Oktober 2016

DETIK PENENTUAN

 
CHENG HOE (dua dari kanan) berjabat tangan dengan Gunalan pada sidang akhbar di Shah Alam semalam menjelang final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini. Turut kelihatan kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar (kanan) dan Andik Vermansyah (kiri).

SAINGAN Liga Malaysia 2016 menutup tirai malam ini dengan aksi final Piala Malaysia yang menemukan juara bertahan, Selangor dan jagoan utara, Kedah.

Berlangsung di Stadium Shah Alam dengan sepak mula pada pukul 9 malam sudah pasti enggan dilepaskan oleh puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan yang dahagakan kejayaan.

Skuad Gergasi Merah bimbingan K. Gunalan tekad mempertahankan kejuaraan sekali gus bergelar juara buat kali ke-34, manakala Helang Merah yang mendapat sentuhan Tan Cheng Hoe dalam misi membalas dendam apabila tewas pada final sama musim lalu.

“Saya pernah memenangi piala ini sebanyak tiga kali sebagai pemain dan sekali sebagai jurulatih, namun saya akui saya akan lebih puas sekiranya dapat memenangi trofi ini sekali lagi ketika bergelar jurulatih,” ujar Gunalan.

Cheng Hoe pula seolah-olah memberikan bayangan bahawa skuad kendaliannya tidak rela lagi dikecewakan oleh Selangor seperti edisi lalu.

“Tahun lepas (pada aksi final Piala Malaysia) hujan lebat dan mungkin banyak menjejaskan corak permainan kita tetapi itu bukan alasan. Sepanjang seminggu (sesi) latihan, saya nampak para pemain menikmati motivasi tinggi dan diharapkan mereka dapat memberikan 100 peratus pada final nanti,” ujar Cheng Hoe.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4OXdqFcSk Hakcipta terpelihara

SENARAI PEMAIN PIALA MALAYSIA KEDAH 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Ketua Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Penjaga gol
Abdul Hadi Abdul Hamid
Mohd Syazwan Abdullah
Mohd Farhan Abu Bakar
Mohd Ifwat Akmal
Pertahanan
Mohd Sabre Mat Abu
Khairul Helmi Johari
Bang Seung-Hwan
Shafizan Hashim
Mohd Rizal Ghazali
Mohd Alif Fadhil Ismail
Azmeer Yusof
Mohamad Syawal Nordin

Tengah
Osman Yusoff
Baddrol Bakhtiar
Mohd Asri Mardzuki
Muhammad Syazwan Tajuddin
Muhammad Farhan Roslan
Mohd Raphi Azizan Mariappen
Abdul Halim Saari
Muhd Amirul Hisyam Awang Kechik
Muhd Ariff Farhan Md Isa
Mohamad Hanif Mat Dzahir
Mohd Syazwan Zainon
Shazuan Ashraf Matthews
Liridon Krasniqi

Penyerang
Amar Rohidan
Syazuan Hazani
Muhammad Syafiq Ahmad
Thiago Augusto
Shane Smeltz


Ifwat calon terbaik benteng akhir Kedah

 
IFWAT pamer peningkatan dalam permainan.
myMetro
Alor Setar: Sejauh mana Kedah mampu menamatkan penantian kejuaraan Piala Malaysia turut bergantung kepada ketangkasan penjaga gol muda Mohd Ifwat Akmal.

Kemuncak final di Stadium Shah Alam, Ahad ini bakal menjadi pentas terbesar dalam hidup pemain berusia 20 tahun itu sejak menyertai skuad senior Kedah tahun lalu.

Ketika skuad Helang Merah tewas 0-2 kepada Selangor pada final tahun lalu, Ifwat hanya memerhatikan Mohd Firdaus Mohamad beraksi dari luar padang dan siapa sangka, dalam tempoh setahun, dia kembali ke stadium yang sama sebagai sandaran utama pengendali Tan Cheng Hoe.


Bekas pemain skuad Piala Presiden Kedah itu mempamerkan peningkatan tahun ini dan kerap diturunkan Cheng Hoe berbanding dua lagi penjaga gol senior Abd Hadi Hamid dan Farhan Abu Bakar.

“Ini cabaran saya dan untuk beraksi di final, ia akan menjadi perlawanan besar dalam karier. Jika diberi peluang, saya akan cuba buat yang terbaik,” katanya.

Ia bukan mengejutkan untuk Ifwat diturunkan pada final nanti biarpun kurang berpengalaman jika mengambil rekod tanpa bolos tiga daripada empat perlawanan terakhir Kedah dalam Piala Malaysia.

Jelasnya, dia banyak meminta nasihat daripada pemain senior untuk memperbaiki permainan.

“Saya kini bersaing merebut tempat dengan pemain senior yang juga idola saya Hadi. Dia dan pemain lain seperti Baddrol Bakhtiar dan Sabre Mat Abu banyak memberi nasihat untuk saya fokus dan kekal tenang di dalam padang,” kata Ifwat.

Menurutnya, aksi final pasti sukar kerana lawan mereka juara 33 kali Piala Malaysia iaitu Selangor memiliki beberapa pemain bahaya.

“Mereka mempunyai Patrick Ronaldinho, R Gopinathan dan Andik Vermansyah, jadi kami perlu berhati-hati,” jelas Ifwat.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 10:01 AM


SENARAI PENJARING GOL SELANGOR DALAM PIALA MALAYSIA 2016

OLEH-AHMAD BIN  YAAKOB
Enam Gol
Patrick Ronaldinho                
Empat gol
R. Gopinathan
Tiga gol         
Hazwan Bakri            
Ugo Ukah                  
Dua gol
Mauro Olivi                
Satu gol
Abdul Hadi Yahya                
Adam Nor Azlin                    
Andik Vermansah                  
Nazmi Faiz