Alor Setar: Penyokong pasukan
Kedah mengambil kesempatan membeli jersi pasukan kesayangan mereka apabila
mengunjungi beberapa gerai jualan di pekarangan Stadium Darul Aman untuk dibawa
ke Shah Alam, Sabtu ini.
Penyokong setia Helang Merah
Isham Rafizan Ismail, 38, berkata, beliau bersama anaknya Iqmal Harith Zafran,
7, sanggup datang awal ke stadium untuk membeli jersi baru sebagai persiapan
menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia nanti.
Menurutnya, rakannya yang
tinggal di Kuala Lumpur turut meminta supaya dibelikan jersi Helang Merah untuk
dipakai pada perlawanan itu nanti.
“Anak saya juga teruja untuk
menyaksikan perlawanan akhir itu. Kami pasti Kedah akan memberi saingan sengit
kepada Selangor walaupun akan bermain di tempat lawan.
“Saya yakin Kedah mampu
memenangi perlawanan itu dan menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir
dimenangi pada 2008 itu,” katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman.
Seorang lagi peminat Afiq
Rahman, 30, berkata, beliau yakin pasukan kesayangannya mampu memenangi Piala
Malaysia berdasarkan prestasi serta kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang
musim ini.
“Sikap tidak mudah mengalah
pemain Kedah pasti akan membuahkan kejayaan tambahan pula mereka bermain dengan
cemerlang pada perlawanan separuh akhir.
“Saya berharap pasukan Kedah
akan menang di Stadium Shah Alam dan bergelar juara Piala Malaysia,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 8 Disember 2015 @ 9:37 AM
RAGAM peminat membeli jersi
Helang Merah.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/98650#sthash.kL2ctnt7.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan