Oleh Aziman Rosdi dan Firdaus Hashim &
Ferzalfie Fauzi
sukan@hmetro.com.my
SELANGOR menyempurnakan misi 33 apabila
menjuarai Piala Malaysia selepas menumpaskan Kedah, 2-0, dalam perlawanan akhir
di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic tidak
menunggu lama untuk berada di depan apabila Ahmad Hazwan Bakri menolak masuk
bola ke dalam gawang selepas menerima hantaran dari Guilherme De Paula pada minit
ketiga.
Tersentak dengan jaringan awal Selangor,
Kedah cuba untuk mencari gol penyamaan namun percubaan pemain import mereka,
Sandro Da Silva berjaya diselamatkan penjaga gol, Norazlan Razali.
Sebelum perlawanan separuh masa pertama
tamat pertahanan kanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali melakukan percubaan dari luar
petak penalti namun sekali lagi Norazlan bertindak cemerlang menepis bola
keluar.
Gergasi Merah menambah gol kedua apabila
Hazwan merembat masuk hantaran De Paula pada minit ke-48.
Kedah mempunyai peluang terbaik untuk
merapatkan kedudukan pada minit ke-68 selepas Chidi Edeh melakukan hantaran
cantik kepada Da Silva namun percubaannya dari dalam petak penalti diselamatkan
Norazlan.
Pada minit ke-82, Kedah terpaksa beraksi
dengan 10 pemain apabila penjaga gol, Mohd Firdaus Mohamed dilayangkan kad
merah selepas menampan percubaan S Veenod di luar petak penalti.
Penjaga gol simpanan Kedah, Mohd Shazwan
Abdullah dimasukkan untuk menggantikan pemain sayap kiri, Mohd Syazwan Zainon.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12
Disember 2015 @ 11:12 PM
AHMAD Hazwan Bakri dikerumuni rakan
sepasukan. Dia ledak dua gol pada final Piala Malaysia 2015, di Stadium Shah
Alam. FOTO Osman Adnan
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/99801#sthash.aWeADKf4.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan