ISNIN, 7 DISEMBER 2015 @ 7:05
AM
Kad merah bukan punca kalah:
Irfan
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
dan Bashah Zainol Abidin bhsukan@bh.com.my
PENGENDALI United FC, Irfan
Bakti Abu Salim. - Foto Hasriyasyah Sabudin ALOR SETAR: Pengendali FELDA United
FC, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan kad merah yang diterima Indra Putra
Mahayuddin bukan penyebab utama kekalahan 2-1 pasukannya kepada Kedah, malam
tadi. Irfan mengakui pertahanan longgar antara faktor pasukannya gagal melakar
kejutan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman itu.
"Bagi saya tidak juga (bukan sebab
kad merah Indra kami tewas). Pemain saya sudah memberikan segala-galanya dan
mencuba yang terbaik. "Malah, Indra keluar pun ketika kami sudah
ketinggalan 2-1. Walaupun bermain dengan 10 pemain, pemain saya tetap memberi
tentangan dan berpeluang mendapatkan gol," katanya pada sidang media
selepas perlawanan.
Idra Putra diperintah keluar padang oleh
pengadil, Muhammad Zamzaidi Katimin, pada minit ke-61 apabila pemain veteran
itu dilayangkan kad kuning kedua kerana menyiku Shafizan Hashim. Malah,
Muhammad Zamzaidi juga turut mengarahkan penolong pengurus satu pasukan Kedah,
Shafarizam Baderom berada di tempat duduk penyokong selepas dia melakukan
provokasi terhadap Indra. Ini adalah kali kedua berturut-turut FELDA United
terkandas di separuh akhir Piala Malaysia selepas musim lalu tewas 5-6 secara
agregat kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/102809
Tiada ulasan:
Catat Ulasan