Shah Alam: Awas Selangor. Gabungan semula
Tan Cheng Hoe dan Ramon Marcote Pequeno bakal memberi masalah besar buat
Selangor.
Cheng Hoe yang menjalani kursus
kejurulatihan di China dan baru tiba petang semalam di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal kembali mengendalikan pasukan Kedah yang
sebelum ini dijaga cemerlang Pequeno.
Menurut Pequeno, bukan satu masalah Cheng
Hoe datang lambat atau tidak, paling penting kembali kerja bersama kerana
sebelum ini mereka sentiasa mempunyai semangat, corak permainan dan fikiran
sama.
“Beliau akan hadir memberi sokongan tapi
bagi saya, kami akan kembali bergabung. Kami akan memberi yang terbaik untuk
pasukan. Kami berkawan baik, kerja bersama serta mempunyai sasaran sama,”
katanya pada sidang media perlawanan akhir di Stadium Shah Alam semalam.
Jelasnya, Cheng Hoe akan kembali mengambil
tugas sebagai ketua jurulatih menjelang perlawanan hari ini dan sejak ketiadaan
bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan, itu tidak ada sebarang perubahan
besar dilakukan.
“Sejak hari pertama ke Malaysia saya sentiasa
bekerjasama bersama Cheng Hoe, walaupun beliau ke China baru-baru ini tidak ada
sebarang perubahan.
“Beliau sahabat baik saya di Malaysia,
kami mempunyai sasaran sama. Kehadirannya akan memberikan sesuatu yang
istimewa, ibarat seorang ahli keluarga melengkapkan satu keluarga besar,”
katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12
Disember 2015 @ 5:15 AM
DARI kiri Durakovic, Shahrom, Khairul
Helmi dan Pequeno pada sidang media perlawanan akhir semalam.
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/99676#sthash.R6iRfkUn.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan