SHAHROM (kiri) bersama Khairul Helmi
memegang Piala Malaysia yang menjadi rebutan antara pasukan bola sepak Selangor
dan Kedah pada sidang akhbar perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 di Stadium
Shah Alam semalam.
SELANGOR akan membuat perhitungan dengan Kedah
pada final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam malam ini.
Kedua-dua pasukan memiliki impian yang
sama iaitu mahu menjulang piala berprestij dalam saingan bola sepak tempatan.
Kedah bertekad mengulangi kejayaan pada
tahun 2008 yang menyaksikan mereka meranapkan impian Selangor pada perlawanan
akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan kemenangan 3-2.
Pada tahun tersebut, Kedah yang dibimbing
Mohd. Azraai Khor Abdullah meraih tiga gelaran iaitu menjuarai Piala FA,
Sumbangsih dan Piala Malaysia.
Sama ada mereka mampu mengulanginya, ia
akan terjawab malam ini.
“Misi kami hanya mahu menang dan ia bukan
perkara yang mustahil untuk direalisasikan jika semua pemain meneruskan rentak
cemerlang,” jelas kapten Kedah, Khairul Helmi Johari semalam.
Menurutnya, mereka bersedia untuk
menangguhkan misi Selangor yang memburu kejuaraan buat kali ke-33.
Bagi Selangor pula, tahun ini merupakan
peluang terbaik buat mereka melaksanakan ‘Misi 33’ yang tertangguh sejak 2008.
“Aksi final Piala Malaysia tahun ini sebenarnya
peluang terbaik untuk menambah koleksi peribadi saya. Sudah tentu saya mahu
memenangi Piala Malaysia pada kali ini sekali gus mencapai hasrat Selangor
untuk menjulang kejuaraan buat kali ke-33.
“Selain itu, kami juga bertekad untuk
menghadiahkan kejayaan kepada Sultan Selangor bersempena Hari Keputeraan
baginda hari ini (semalam) dan saya berharap kami dapat melakukannya,” kata
penyerang lincah Selangor, Andik Vermansyah ketika ditemui selepas sesi latihan
di Stadium Shah Alam, semalam.
Begitupun, kedua-dua pasukan sebenarnya
memiliki kekuatan tersendiri dan sesiapa yang melakukan kesilapan akan pulang
hampa.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3u5HDjvac
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan