Sabtu, 12 Disember 2015

Selangor juara

Oleh AHMAD FAZL MOHD. YADI dan ARDIE PUTRA SUHAIMI
 
PARA pemain Selangor menjulang Piala Malaysia selepas muncul juara hasil kemenangan 2-0 ke atas Kedah pada aksi final di Stadum Shah Alam malam tadi.

AHMAD Hazwan Bakri diangkat sebagai wira Selangor selepas menjaringkan kedua-dua gol pasukannya pada aksi final Piala Malaysia 2015 menentang Kedah di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kejayaan tersebut merupakan kejuaraan ke-33 buat Selangor yang telah menunggu selama 10 tahun untuk bergelar juara selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2005.

Lebih manis, ia merupakan hadiah paling istimewa buat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-70 kelmarin.

Kejayaan tersebut juga menjadi detik paling manis buat jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, yang sebelum ini pernah menjulang piala berprestij itu ketika bergelar pemain dengan skuad Gergasi Merah itu pada tahun 1995, 1996 dan 1997.

Pada aksi semalam, Selangor tidak mengambil masa lama untuk memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama pada minit ketiga menerusi rembatan kencang Hazwan.

Pemain kelahiran Labuan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada bulan lalu berjaya memanfaatkan hantaran daripada pemain import Selangor, Guilherme De Paula, sekali gus mudah menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd. Firdaus Muhammad.

Skuad Helang Merah kembali mengatur gerak dan cuba mengasak benteng Selangor tetapi kapten, Muhd. Shahrom Abd. Kalam berjaya mematahkan serangan Kedah yang diketuai Chidi Edeh dan Sandro Da Silva.

Percubaan terbaik pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu hadir menerusi Mohd. Rizal Ghazali tetapi tendangan tepat itu berjaya dinafikan penjaga gawang Selangor, Norazlan Razali pada minit ke-45.

Bersambung di babak kedua, Hazwan sekali lagi menjadi duri dalam daging buat benteng pertahanan Kedah apabila menggandakan kedudukan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-46.

De Paula sekali lagi menjadi watak penting untuk gol kedua Selangor dengan melorongkan hantaran cantik kepada penyerang berusia 24 tahun itu sekali gus berjaya menewaskan Firdaus buat kali kedua berturut-turut.

Pemain gantian, S. Veenod hampir berjaya meledak gol ketiga buat skuad Gergasi Merah tetapi percubaan tepat itu berjaya ditepis oleh Firdaus pada minit ke-79.

Malang buat Kedah yang beraksi dengan 10 pemain apabila penjaga gol, Firdaus diarahkan keluar padang oleh pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin yang dikatakan menampan bola di luar kawasan kotak penalti pada minit ke-83.

Skuad Helang Merah cuba mempamerkan kebangkitan dengan melancarkan serangan bertali arus, namun usaha mereka terus menemui kebuntuan sehingga wisel penamat.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3uAulWl4R Hakcipta terpelihara

Hazwan wira misi 33

Oleh Aziman Rosdi dan Firdaus Hashim & Ferzalfie Fauzi
sukan@hmetro.com.my
SELANGOR menyempurnakan misi 33 apabila menjuarai Piala Malaysia selepas menumpaskan Kedah, 2-0, dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Ahmad Hazwan Bakri menolak masuk bola ke dalam gawang selepas menerima hantaran dari Guilherme De Paula pada minit ketiga.

Tersentak dengan jaringan awal Selangor, Kedah cuba untuk mencari gol penyamaan namun percubaan pemain import mereka, Sandro Da Silva berjaya diselamatkan penjaga gol, Norazlan Razali.

Sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat pertahanan kanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali melakukan percubaan dari luar petak penalti namun sekali lagi Norazlan bertindak cemerlang menepis bola keluar.

Gergasi Merah menambah gol kedua apabila Hazwan merembat masuk hantaran De Paula pada minit ke-48.

Kedah mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-68 selepas Chidi Edeh melakukan hantaran cantik kepada Da Silva namun percubaannya dari dalam petak penalti diselamatkan Norazlan.

Pada minit ke-82, Kedah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila penjaga gol, Mohd Firdaus Mohamed dilayangkan kad merah selepas menampan percubaan S Veenod di luar petak penalti.

Penjaga gol simpanan Kedah, Mohd Shazwan Abdullah dimasukkan untuk menggantikan pemain sayap kiri, Mohd Syazwan Zainon.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2015 @ 11:12 PM
 
AHMAD Hazwan Bakri dikerumuni rakan sepasukan. Dia ledak dua gol pada final Piala Malaysia 2015, di Stadium Shah Alam. FOTO Osman Adnan

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/99801#sthash.aWeADKf4.dpuf

KEPUTUSAN PENUH SELANGOR 2-0 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Selangor       2-0    Kedah
m-3,m-47 Hazwan Bakri
PEMAIN SELANGOR                      
22 NORAZLAN RAZALI
15 MOHD RAIMI MOHD NOR
02 ROBERT COERNTWAITE
05 MUHD SHAHROM KALAM
20 AZRIF NASRULHAQ
10 NAZMI FAIZ MANSOR
08 LENDRO DOS SANTOS
07 ANDIK VERMANSYAH
11 AHMAD HAZWAN BAKRI
14 ABDUL HADI YAHYA
13 GUILHERME DE PAULA
PEMAIN GANTIAN
23 S.VENOOD
24 FITRI SHAZWAN
21 SYAZWAN ABDULLAH

KEDAH
25 MOHAMAD FIRDAUS MUHAMMAD
04 BANG SEUNGWHAN
06 SHAFIZAN HASHIM
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADDROL BAKHTIAR
49 LIRIDON KRASNIQI
50 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINOL
17 MUHD SYAZWAN TAJUDDIN
10 CHIDI EDEH
PEMAIN GANTIAN
19 FARHAN ROSLAN
09 SYAFIQ AHMAD
25 K.GURUSAMY


TERKINI MASA KEDUA SELANGOR 2-0 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Selangor       2-0    Kedah
m-3,m-47 Hazwan Bakri
PEMAIN SELANGOR                      
22 NORAZLAN RAZALI
15 MOHD RAIMI MOHD NOR
02 ROBERT COERNTWAITE
05 MUHD SHAHROM KALAM
20 AZRIF NASRULHAQ
10 NAZMI FAIZ MANSOR
08 LENDRO DOS SANTOS
07 ANDIK VERMANSYAH
11 AHMAD HAZWAN BAKRI
14 ABDUL HADI YAHYA
13 GUILHERME DE PAULA

KEDAH
25 MOHAMAD FIRDAUS MUHAMMAD
04 BANG SEUNGWHAN
06 SHAFIZAN HASHIM
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADDROL BAKHTIAR
49 LIRIDON KRASNIQI
50 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINOL
17 MUHD SYAZWAN TAJUDDIN
10 CHIDI EDEH


KEPUTUSAN MASA PERTAMA SELANGOR 1-0 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Selangor       1-0    Kedah
m-3 Hazwan Bakri
PEMAIN SELANGOR                      
22 NORAZLAN RAZALI
15 MOHD RAIMI MOHD NOR
02 ROBERT COERNTWAITE
05 MUHD SHAHROM KALAM
20 AZRIF NASRULHAQ
10 NAZMI FAIZ MANSOR
08 LENDRO DOS SANTOS
07 ANDIK VERMANSYAH
11 AHMAD HAZWAN BAKRI
14 ABDUL HADI YAHYA
13 GUILHERME DE PAULA

KEDAH
25 MOHAMAD FIRDAUS MUHAMMAD
04 BANG SEUNGWHAN
06 SHAFIZAN HASHIM
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADDROL BAKHTIAR
49 LIRIDON KRASNIQI
50 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINOL
17 MUHD SYAZWAN TAJUDDIN
10 CHIDI EDEH


TERKINI MASA PERTAMA SELANGOR 1-0 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Selangor       1-0    Kedah
m-3 Hazwan Bakri
PEMAIN SELANGOR                      
22 NORAZLAN RAZALI
15 MOHD RAIMI MOHD NOR
02 ROBERT COERNTWAITE
05 MUHD SHAHROM KALAM
20 AZRIF NASRULHAQ
10 NAZMI FAIZ MANSOR
08 LENDRO DOS SANTOS
07 ANDIK VERMANSYAH
11 AHMAD HAZWAN BAKRI
14 ABDUL HADI YAHYA
13 GUILHERME DE PAULA

KEDAH
25 MOHAMAD FIRDAUS MUHAMMAD
04 BANG SEUNGWHAN
06 SHAFIZAN HASHIM
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADDROL BAKHTIAR
49 LIRIDON KRASNIQI
50 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINOL
17 MUHD SYAZWAN TAJUDDIN

10 CHIDI EDEH

TERKINI SELANGOR 1-0 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Selangor       1-0    Kedah
m-3 Hazwan Bakri
PEMAIN SELANGOR                      
22 NORAZLAN RAZALI
15 MOHD RAIMI MOHD NOR
02 ROBERT COERNTWAITE
05 MUHD SHAHROM KALAM
20 AZRIF NASRULHAQ
10 NAZMI FAIZ MANSOR
08 LENDRO DOS SANTOS
07 ANDIK VERMANSYAH
11 AHMAD HAZWAN BAKRI
14 ABDUL HADI YAHYA
13 GUILHERME DE PAULA

KEDAH
25 MOHAMAD FIRDAUS MUHAMMAD
04 BANG SEUNGWHAN
06 SHAFIZAN HASHIM
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADDROL BAKHTIAR
49 LIRIDON KRASNIQI
50 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINOL
17 MUHD SYAZWAN TAJUDDIN

10 CHIDI EDEH

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 12.12.2015

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
BARISAN KEMUNGKINAN
PEMAIN SELANGOR                       
22 NORAZLAN RAZALI
15 MOHD RAIMI MOHD NOR
02 ROBERT COERNTWAITE
05 MUHD SHAHROM KALAM
20 AZRIF NASRULHAQ
10 NAZMI FAIZ MANSOR
08 LENDRO DOS SANTOS
07 ANDIK VERMANSYAH
11 AHMAD HAZWAN BAKRI
14 ABDUL HADI YAHYA
13 GUILHERME DE PAULA

KEDAH
25 MOHAMAD FIRDAUS MUHAMMAD
04 BANG SEUNGWHAN
06 SHAFIZAN HASHIM
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
07 BADDROL BAKHTIAR
49 LIRIDON KRASNIQI
50 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINOL
17 MUHD SYAZWAN TAJUDDIN
10 CHIDI EDEH

SUMBER KOSMO SABTU 12.12.2015;63

KARIKATUR PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2015

ENJIT-ENJIT SEMUT -MARO
Gergasi Merah lawan Helang Merah. Saya ramalkan Selangor 2-1 Kedah kerana Selangor  bermain di tempat sendiri di Stadium Shah Alam.
sumber- Kosmo online 12.12.2015

Taktikal 2 pengendali

Shah Alam: Awas Selangor. Gabungan semula Tan Cheng Hoe dan Ramon Marcote Pequeno bakal memberi masalah besar buat Selangor.

Cheng Hoe yang menjalani kursus kejurulatihan di China dan baru tiba petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal kembali mengendalikan pasukan Kedah yang sebelum ini dijaga cemerlang Pequeno.


Menurut Pequeno, bukan satu masalah Cheng Hoe datang lambat atau tidak, paling penting kembali kerja bersama kerana sebelum ini mereka sentiasa mempunyai semangat, corak permainan dan fikiran sama.

“Beliau akan hadir memberi sokongan tapi bagi saya, kami akan kembali bergabung. Kami akan memberi yang terbaik untuk pasukan. Kami berkawan baik, kerja bersama serta mempunyai sasaran sama,” katanya pada sidang media perlawanan akhir di Stadium Shah Alam semalam.

Jelasnya, Cheng Hoe akan kembali mengambil tugas sebagai ketua jurulatih menjelang perlawanan hari ini dan sejak ketiadaan bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan, itu tidak ada sebarang perubahan besar dilakukan.

“Sejak hari pertama ke Malaysia saya sentiasa bekerjasama bersama Cheng Hoe, walaupun beliau ke China baru-baru ini tidak ada sebarang perubahan.

“Beliau sahabat baik saya di Malaysia, kami mempunyai sasaran sama. Kehadirannya akan memberikan sesuatu yang istimewa, ibarat seorang ahli keluarga melengkapkan satu keluarga besar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2015 @ 5:15 AM
 
DARI kiri Durakovic, Shahrom, Khairul Helmi dan Pequeno pada sidang media perlawanan akhir semalam.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/99676#sthash.R6iRfkUn.dpuf

Shah Alam semakin gamat

SABTU, 12 DISEMBER 2015 @ 4:35 PM
Shah Alam semakin gamat
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
 
PENYOKONG "The Red Giant" dan "Helang Merah" bergambar diluar stadium sebelum perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015 diantara pasukan Selangor menentang Kedah 8.45 malam ini di Stadium Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat SHAH ALAM: Venue akhir Piala Malaysia, Stadium Shah Alam di sini, semakin gamat dengan kehadiran penyokong Selangor dan Kedah untuk menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan malam ini.

Kedua-dua penyokong pasukan itu sudah mula berhimpun di pintu masuk yang ditetapkan sambil dengan setia walaupun cuaca hujan selama kira-kira 15 minit sebentar tadi. Malah, ada sekelompok penyokong yang sudah mula beratur di pintu masuk bagi memasuki stadium walaupun pintu masuk hanya dibuka pada jam 4 petang tadi. Penyokong Selangor berkumpul di pintu belakang dari arah Pasaraya Giant, manakala penyokong Kedah membanjiri perkarangan kawasan berhampiran pintu masuk utama.

Namun, kehadiran penyokong Kedah dilihat lebih ramai berbanding Selangor berikutan kebanyakan daripada mereka merancang perjalanan lebih awal berikutan datang dari luar Lembah Klang. Meskipun pintu masuk diasingkan antara penyokong, seakan tidak ada masalah untuk penyokong Kedah dan Selangor sama-sama berkumpul sambil beramah mesra sebelum perlawanan bermula. Nyata perseteruan membabitkan pasukan mereka tidak menghalang mereka untuk turut sama menyaksikan perlawanan akhir yang bakal berlangsung 9 malam nanti.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/104465

Sanggup naik lori demi pasukan Kedah

SABTU, 12 DISEMBER 2015 @ 11:56 AM

Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com
 
KUMPULAN penyokong dari Changlun dikenali "Changlun Mai" tiba di perkarangan Stadium Shah Alam dengan menaiki lori, menjelang perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2015 antara Selangor dengan Kedah malam ini di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan SHAH ALAM: Walaupun boleh menggunakan pengangkutan yang lebih selesa, namun 15 penyokong Kedah mengambil keputusan menaiki lori ke Shah Alam untuk menghadiri perlawanan akhir malam ini.

Rombongan terbabit yang diketuai Khoiruddin Ali, 44, berkata mereka sengaja tampil menaiki lori sebagai kelainan bagi memeriahkan lagi perlawanan akhir Piala Malaysia, selain dapat berjimat. "Tidak ada beza pun menaiki lori, kereta atau bas, asalkan kami berjaya juga sampai ke sini dengan selamat.

"Malah, lori kami yang dihiasi warna hijau kuning dan bendera Kedah turut menarik perhatian di lebuh raya dengan rata-rata pengguna membunyikan hon sebagai tanda sokongan," katanya ketika ditemui di perkarangan stadium. Khoiruddin berkata, keterujaan menyaksikan Kedah beraksi di pentas akhir juga membuatkan mereka tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan final itu.

"Kami bertolak dari Changlun jam 5 petang semalam dan hanya memandu secara santai kerana tidak mahu terkejar kejar. "Kami menjadi orang terawal sampai di Stadium Shah Alam iaitu pada jam 3 pagi dan sekarang kami berehat sebentar sementara menunggu pintu masuk dibuka jam 4 petang nanti," katanya.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/104391

Chidi teruja beraksi di final

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
CHIDI Edeh sudah tidak sabar untuk merobek gawang Selangor malam ini.
 
PEMAIN import Kedah, Chidi Edeh melaungkan amaran awal untuk merobek pintu gol Selangor apabila kedua-dua pasukan beraksi pada final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam malam ini.

Menurut pemain yang berasal dari Nigeria itu, beliau teruja kerana penampilan sulungnya dalam Liga Malaysia bersama Helang Merah tahun ini memberi peluang kepadanya untuk bermain dalam perlawanan penting seperti itu.

“Ini merupakan perluang keemasan yang sukar dilepaskan kerana Piala Malaysia merupakan paling berprestij dalam Liga Malaysia.

“Lagi pun, bukan mudah untuk setiap pasukan untuk mara ke final kerana perlu melalui kesukaran di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir.

“Apa yang pasti, saya dan rakan-rakan sudah bersedia untuk berhadapan dengan Selangor dan berharap kami mencapai kemenangan,” katanya.

Pemain yang berusia 28 tahun itu berkata, biarpun kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu sepanjang musim ini namun beliau mengakui The Red Giants sukar dijinakkan kerana memiliki kekuatan seimbang di setiap posisi.

“Saya pernah bertemu Selangor semasa kempen Piala AFC 2013 ketika mewakili bekas pasukan East Bengal FC

“Jujur saya katakan penampilan mereka kali ini jauh berbeza berbanding dua tahun lalu,” ujarnya.

“Bagaimanapun, ia tidak mendatangkan masalah kepada kami kerana kami yakin mampu melakukan dalam kejutan dalam perlawanan malam ini,” ujarnya.

Chidi berkata, peluang beraksi pada pentas akhir Piala Malaysia ini juga sedikit-sebanyak membantu kelangsungan karier para pemain termasuk dirinya.

“Ini merupakan perlawanan terakhir tahun ini dan pastinya menjadi tumpuan bukan sahaja dalam kalangan peminat kedua-dua pasukan malah peminat bola sepak di negara ini.

“Jadi pastinya, setiap pemain mahu memberikan persembahan terbaik dan bagi Kedah sudah pastinya mahu merangkul Piala Malaysia buat kali kelima,” katanya.




Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz3u5yzT1zd Hakcipta terpelihara

Jumaat, 11 Disember 2015

Selangor merendah diri

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI dan ARDIE PUTRA SUHAIMI
DURAKOVIC tidak mahu Selangor dilabel sebagai pasukan pilihan pada final Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam malam ini.

“KAMI bukan pasukan pilihan, namun berjanji akan me­lakukan yang terbaik untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.”

Demikian tegas jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic semalam menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 menentang Kedah di Stadium Shah Alam malam ini.

Begitupun, Mehmet mengakui bahawa skuad Gergasi Merah tidak rela kempunan untuk menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir memenanginya 10 tahun lalu.

Kini, Selangor berada di landasan terbaik untuk menamatkan ‘Misi 33’ selaras dengan simbolik skuad Gergasi Merah yang muncul pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia apabila memenangi trofi tersebut sebanyak 32 kali sejak diperkenalkan pada tahun 1921.

“Sejujurnya, tiada sesiapa memberikan harapan kepada pasukan kami pada tahun ini untuk layak ke peringkat separuh akhir atau final dan saya berpendapat Selangor bukanlah pasukan pilihan meskipun bermain di gelanggang sendiri.

“Saya sekali lagi menegaskan bahawa Selangor bukan pasukan pilihan kerana pasukan yang berjaya mempamerkan taktik terbaik esok (malam ini) akan muncul sebagai pemenang.

“Kami juga memerlukan sedikit tuah selain mengharapkan fokus pasukan saya tidak akan terjejas dalam tempoh 90 minit dan kami tidak memiliki pemain-pemain bertaraf bintang.

“Atas faktor tersebut, maka Selangor tidak boleh dilabel sebagai pasukan pilihan tetapi saya mahu mengambil kesempatan memuji anak-anak buah saya atas prestasi cemerlang mereka kebelakangan ini,” kata Durakovic pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam semalam.

Dalam perkembangan sama, Durakovic mengakui aksi klasik final menentang Kedah ini menjadi salah satu perlawanan emosi buat dirinya kerana dia pernah menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali ketika bergelar sebagai pemain dengan pasukan Selangor sebelum ini.

“Sebenarnya, ‘darah’ Selangor mengalir di dalam tubuh badan saya. Saya pernah menjadi kapten pasukan ini dan berjaya memenangi Piala Malaysia tiga kali berturut-turut.

“Jika saya berjaya menjulang Piala Malaysia sebagai jurulatih, ia umpama mimpi menjadi kenyataan kerana keluarga saya turut hadir dari Australia semata-mata mahu menyaksikan detik sejarah dalam karier saya.

“Selain itu, kami juga mahu menang untuk keluarga, Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) serta penyokong-penyokong yang telah menanti selama 10 tahun apabila kali terakhir Selangor menjulang Piala Malaysia pada tahun 2005,” katanya.



Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3u5bDhBcx

Hakcipta terpelihara

Piala Malaysia milik siapa?

 
SHAHROM (kiri) bersama Khairul Helmi memegang Piala Malaysia yang menjadi rebutan antara pasukan bola sepak Selangor dan Kedah pada sidang akhbar perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam semalam.

SELANGOR akan membuat perhitungan dengan Kedah pada final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam malam ini.

Kedua-dua pasukan memiliki impian yang sama iaitu mahu menjulang piala berprestij dalam saingan bola sepak tempatan.

Kedah bertekad mengulangi kejayaan pada tahun 2008 yang menyaksikan mereka meranapkan impian Selangor pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan kemenangan 3-2.

Pada tahun tersebut, Kedah yang dibimbing Mohd. Azraai Khor Abdullah meraih tiga gelaran iaitu menjuarai Piala FA, Sumbangsih dan Piala Malaysia.

Sama ada mereka mampu mengulanginya, ia akan terjawab malam ini.

“Misi kami hanya mahu menang dan ia bukan perkara yang mustahil untuk direalisasikan jika semua pemain meneruskan rentak cemerlang,” jelas kapten Kedah, Khairul Helmi Johari semalam.
Menurutnya, mereka bersedia untuk menangguhkan misi Selangor yang memburu kejuaraan buat kali ke-33.

Bagi Selangor pula, tahun ini merupakan peluang terbaik buat mereka melaksanakan ‘Misi 33’ yang tertangguh sejak 2008.

“Aksi final Piala Malaysia tahun ini sebenarnya peluang terbaik untuk menambah koleksi peribadi saya. Sudah tentu saya mahu memenangi Piala Malaysia pada kali ini sekali gus mencapai hasrat Selangor untuk menjulang kejuaraan buat kali ke-33.

“Selain itu, kami juga bertekad untuk menghadiahkan kejayaan kepada Sultan Selangor bersempena Hari Keputeraan baginda hari ini (semalam) dan saya berharap kami dapat melakukannya,” kata penyerang lincah Selangor, Andik Vermansyah ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Shah Alam, semalam.

Begitupun, kedua-dua pasukan sebenarnya memiliki kekuatan tersendiri dan sesiapa yang melakukan kesilapan akan pulang hampa.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3u5HDjvac Hakcipta terpelihara

Sabree titipkan kejayaan milik Kedah

WARTAWAN SINAR HARIAN
11 DISEMBER 2015
Kedah
 Kedah
PEMAIN pertahanan Kedah, Sabree Mat Abu menitipkan doa agar kejayaan berpihak kepada skuad Lang Merah selepas mara ke pentas akhir musim ini.

Selepas jarang beraksi dalam kesebelasan utama gara-gara dihimpit kecederaan, Sabree teruja dan bercampur geram apabila hanya mampu menonton rakan berlari atas padang.

"Kecewa kerana saya masih belum cergas sejak jalani proses penyembuhan di Bukit Jalil. Kejayaan memasuki pentas akhir diidam semua pemain.

"Ini pentas paling berprestij dan rugi apabila sekadar jadi pemerhati. Tapi, bagi saya bola sepak merupakan permainan berpasukan.

"Selepas lama tidak ke final, (kali terakhir pada 2010), ini peluang terbaik

Kedah mengakhiri kemarau juara Piala Malaysia.

"Pada 2008, kami menang ke atas Selangor dan kali ini kebetulan bertemu lagi pasukan sama. Lawan sudah tentu mahu membalas dendam dikecewakan tujuh tahun lampau.

"Pesanan saya, beri tumpuan dan jangan leka walau sesaat," katanya pernah berkelana bersama pasukan PDRM musim lalu.

Untuk rekod, pemain kelahiran Parit Buntar, Perak ini pernah mengecapi nikmat Piala Malaysia termasuk berada dalam skuad yang mencipta kejayaan tiga piala semusim iaitu pada 2007 dan 2008.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 11 DISEMBER 2015

Afiq tak kisah

 Oleh Firdaus Hashim -firdaushashim@hmetro.com.my

Shah Alam: Mungkin kelibatnya hanya sekadar pemain gantian, namun jika dibiarkan bergerak bebas pasti mengundang padah buat barisan pertahanan lawan.

Itulah dia penyerang Selangor Mohd Afiq Azmi yang dilabel antara ‘senjata rahsia’ dimiliki Mehmet Durakovic selain tiga penyerang utamanya - Abdul Hadi Yahya, Ahmad Hazwan Bakri dan ayam tambatan import dari Brazil, Guilherme de Paula.

Bagi Afiq, dia tidak kisah andai dirinya diletakkan pemain gantian kerana percaya jurulatihnya mempunyai perancangan tersendiri buat menjamin kemenangan pasukan.

“Saya tidak kisah siapa diturunkan kelak kerana selama ini saya juga sering dimasukkan pada babak kedua bagi menghidupkan jentera serangan.

“Memang ada terfikir mahu bermain dari minit pertama dan kekal hingga ke penghujung aksi, tapi saya sedar jurulatih mempunyai strategi sendiri demi kebaikan untuk pasukan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Afiq antara nadi utama skuad Red Giants musim ini terutama dalam saingan Liga Super apabila muncul penjaring terbanyak pasukan dengan lapan gol liga dan dua gol Piala Malaysia.

Jelas pemain kelahiran Perlis itu, pentas final esok adalah keduanya selepas pernah merasai saingan sama pada musim 2012 ketika menyarung jersi Kelantan sebelum ini.

“Saya harap penampilan kali ini akan berakhir dengan mendakap Piala Malaysia walaupun tidak tahu sama ada diturunkan atau sebaliknya.

“Bagi saya, perkara paling penting adalah menamatkan Misi 33 tercapai. Itu cabaran buat kami semua untuk merealisasikan impian penyokong Merah Kuning,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 8:51 AM
 

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/99427#sthash.ZYIfnR6N.dpuf

Khamis, 10 Disember 2015

BARISAN PEMAIN KEDAH 2008 DAN 2015

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
 KESEBELASAN KEDAH 2008
 KESEBELASAN KEDAH 2015

Cuma Baddrol Bakhtiar dan Shafizan Hashim yang tinggal dari pasukan Kedah yang menewaskan Selangor 3-2 pada tahun 2008.
BARISAN PEMAIN KEDAH 2008 DAN 2015
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
 KESEBELASAN KEDAH 20
 KESEBELASAN KEDAH 20

Cuma Baddrol Bakhtiar dan Shafizan Hashim yang tinggal dari pasukan Kedah yang menewaskan Selangor 3-2 pada tahun 2008.
sumber foto-kedahfansclub.blogspot.com

‘Pulun Kedah Pulun’

PEMAIN Kedah tidak gentar untuk berdepan saingan sengit Selangor pada aksi final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam esok.

DEBARAN final Piala Malaysia 2015 yang menemukan juara 32 kali, Selangor dan juara Liga Premier, Kedah di Stadium Shah Alam esok, makin dirasai.

Biarpun beraksi di gelanggang lawan, skuad Helang Merah tidak gentar dengan tentangan sengit yang bakal diberikan Gergasi Merah.

Skuad bimbingan Ramon Marcote itu optimis mampu menumbangkan anak-anak buah Mehmet Durakovic tersebut yang dalam misi memburu kejuaraan buat kali ke-33.

Kapten Kedah, Khairul Helmi Johari berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa skuad Helang Merah serta semangat juang rakan-rakannya dalam saingan suku akhir dan separuh akhir tempoh hari.

Katanya, biarpun menghormati pasukan lawan yang beraksi dalam Liga Super serta dibarisi pemain berpengalaman, namun kemaraan Helang Merah kini sukar disekat.

“Para pemain sudah bersedia untuk bertemu dengan Selangor yang bukan calang-calang pasukan dan kita harap momentum kecemerlangan yang dicapai sebelum ini dapat diteruskan.

“Justeru, saya mengharapkan rakan-rakan dapat menunjukkan persembahan terbaik dan bermain sebagai satu pasukan bagi memastikan impian untuk membawa pulang Piala Malaysia musim ini tercapai,” katanya di Alor Setar semalam.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3txnDI4xK Hakcipta terpelihara

Hadiah trofi buat Sultan Selangor

Oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI
 
DURAKOVIC menggesa pemainnya beraksi pada tahap terbaik untuk menghadiahkan Piala Malaysia kepada Sultan Selangor.

JURULATIH Selangor, Mehmet Durakovic ingin memastikan anak-anak buah­nya menunjukkan semangat juang tinggi supaya dapat membawa pulang trofi Piala Malaysia, sekali gus memberi hadiah istimewa buat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Ulang Tahun Kepute­raan baginda hari ini.

Bagaimanapun, Selangor ba­kal berdepan laluan tidak mudah apabila dijadualkan menentang jaguh dari utara iaitu Kedah pada aksi akhir yang paling dinantikan ribuan penyokong bola sepak tempatan di Stadium Shah Alam malam esok.

Skuad Gergasi Merah berharap mereka dapat merea­li­sasikan misi untuk menjulang trofi keramat itu untuk kali ke-33 menerusi ‘Misi 33’ yang sekian lama tertangguh sejak kali ter­akhir memenangi Piala Malaysia pada 2005.

“Saya akan pastikan para pemain menyajikan aksi terbaik supaya tidak menghampakan ri­buan peminat. Secara tidak langsung, ia juga untuk memberi hadiah terbaik kepada Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan baginda esok (hari ini),” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad Selangor di Stadium Mini Shah Alam semalam.

Sementara itu, pengendali dari Australia itu yakin anak buahnya boleh ‘berdiri sama tinggi’ dengan pemain Kedah tanpa menafikan kehebatan beberapa bintang skuad Helang Merah itu.

“Saya akui Kedah memiliki gabungan pemain tempatan dan luar negara yang seimbang. Pemain tengah mereka, Baddrol (Bakhtiar) merupakan salah se­orang pemain tempatan yang saya kagumi.

“Dia sangat berkaliber dan me­rupakan tonggak yang bagus. Bagaimanapun, kami turut mempunyai pemain berkualiti menerusi pemain tengah, Nazmi Faiz (Mansor),” katanya.

Tanpa berselindung, Durako­vic mengagumi peningkatan dalam persembahan yang ditonjolkan pemain tengah kebangsaan itu pada tahun ini.

“Dia (Nazmi) bermain dengan cukup bagus untuk Selangor pada tahun ini. Pemain itu masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah jika meneruskan rentak per­mainan seperti itu.

“Saya percaya dia akan menjadi bintang ‘besar’ buat pasukan ini untuk beberapa tahun lagi,” katanya yang turut memuji pemain lain termasuk Leandro Dos Santos, Andik Vermansyah dan Ahmad Hazwan Bakri sepanjang kempen Piala Malaysia.

Jelasnya, persembahan keempat-empat pemain itu cukup membuatkan dia berasa teruja walaupun mereka bukanlah ‘nama besar’ dalam arena bola sepak tanah air.

“Pasukan kami masih muda dan saya yakin para pemain akan menunjukkan prestasi terbaik pada final itu nanti,” ujarnya lagi.

Sebagai rekod, perlawanan kali ini dianggap unik kerana ia adalah ulangan final edisi 2008 yang mana Selangor tewas 3-2 kepada Kedah, sekali gus memberikan gelaran trebel buat skuad Helang Merah yang ketika itu dibimbing oleh Mohd. Azraai Khor Abdullah.

SUMBERArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3ty0k3zv7

Hakcipta terpelihara

Tangkas helang inspirasi Firdaus

 Oleh Esme Johari Wahab
esme@mediaprima.com.my
Alor Setar: Penjaga gol Helang Merah, Mohd Firdaus Muhamad adalah orang terakhir perlu ditembusi oleh skuad Selangor pada final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Firdaus pernah menimba pengalaman bersama skuad Harimau Muda dan Sukan Sea akan memanfaatkan pengalaman ada untuk memastikan Helang Merah mencapai kejayaan pada final nanti.

“Rasa gugup pasti ada kerana ia perlawanan terakhir dan impian mana mana persatuan bolasepak bersaing dalam kejohanan berprestij itu di Malaysia,” katanya.

“Saya mahu membalas kepercayaan dan menggembirakan peminat Kedah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang berjuang dalam musim Liga Perdana malah hingga sampai ke peringkat ini (final)”.

Kedah, juara Liga Perdana musim ini dan beraksi dalam Liga Super musim depan, menjulang Piala Malaysia empat kali - 1990, 1993 serta dua treble pada 2007 dan 2008.

Pasukan utara tanah air itu memenangi kejohanan liga Malaysia sebanyak tiga kali - 1993, 2007 & 2008.
 
Mereka bergelar juara Piala FA tiga kali (1996, 2007 & 2008).
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 3:47 PM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/99027#sthash.PnsL8B09.dpuf

Rabu, 9 Disember 2015

Imbasan arkib sukan Kosmo -Kedah Juara Piala Malaysia 2008

Pulun habis
 
KEDAH ‘pulun’ habis. Mereka mempertahankan gelaran treble buat musim kedua berturut-turut.

Gelaran ketiga yang mereka raih bagi saingan bola sepak Liga Malaysia musim 2007/08 dicipta di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi selepas menewaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Kejayaan yang dicapai oleh Kedah itu akan terpahat sebagai sejarah dalam kancah bola sepak tempatan selepas mencipta nama menjulang gelaran treble untuk dua musim berturut-turut.

Sebelum ini Kedah mendakap gelaran juara Liga Super dan Piala FA.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3toHZcmUp Hakcipta terpelihara

Isnin, 7 Disember 2015

Mehmet mahu ulangi hatrik

Kembalikan nostalgia 1995, 1996, 1997
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  08 Disember 2015 12:23 AM
DETIK kegemilangan ketika membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 1996 menjadi inspirasi Mehmet D
DETIK kegemilangan ketika membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 1996 menjadi inspirasi Mehmet D
DETIK kegemilangan ketika membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 1996 menjadi inspirasi Mehmet Durakovic (kiri). Turut kelihatan rakan sepasukannya ketika itu, Azman Adnan.
SHAH ALAM - Dua dekad lalu, Mehmet Durakovic berjaya membantu Selangor merangkul kejuaraan hatrik Piala Malaysia selepas menjadi sebahagian tonggak yang membawa Red Giants muncul juara 1995, 1996 dan 1997.
Selepas hampir 20 tahun berlalu, bekas tonggak pertahanan Australia itu bertekad untuk membawa pasukan kesayangannya menjulang Piala Malaysia sekali lagi, namun kali ini sebagai Ketua Jurulatih.
Selangor amat dekat di hati pengendali berusia 50 tahun itu kerana dia merupakan antara bintang Red Giants pada era kegemilangan mereka dengan menyarung jersi Merah Kuning dari tahun 1995 hingga 1998.
Pada 2013, Mehmet kembali ke pangkuan pasukan lamanya dan selepas dua musim tidak merangkul gelaran, tahun ini adalah masa terbaik buatnya menghidupkan semula nostalgia dua dekad.
Jelas Mehmet, biarpun beliau lebih gemar beraksi di pentas akhir Piala Malaysia sebagai pemain, namun kejayaannya membantu Selangor ke peringkat terpenting itu sudah memadai untuk dirinya selepas apa yang dilalui oleh pasukan apabila gagal merangkul sebarang trofi dalam sepanjang empat musim.
“Saya sanggup jadi pemain sebab saya boleh mengawal kaki sendiri (beraksi).
“Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan ini adalah hasil kerjasama daripada pasukan sebab tiada sesiapa pun beri kami peluang untuk sampai ke tahap ini (final).
“Sekarang kami berada di final dan saya sangat berbangga dengan pemain yang dimiliki.
“Kami berjaya mencipta kemenangan, sekali gus menceriakan kira-kira 70,000 atau 80,000 peminat Selangor dan mereka pulang ke rumah dengan hati yang gembira.
“Kami bukan sesiapa, namun kami terus berjuang dan berjuang dan akhirnya impian menjadi kenyataan (melangkah ke final),” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini, kelmarin.
Selangor melangkah ke pentas akhir selepas menundukkan juara bertahan, Pahang 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam.
Jaringan tuan rumah disumbangkan penyerang Brazil, Guilherme de Paula seawal minit ke-10, sebelum Nazmi Faiz Mansor meledak gol kedua pada minit ke-54.
Dalam pada itu, Mehmet kekal optimis dengan kemampuan pasukannya meskipun Selangor tidak memiliki wajah-wajah yang membarisi kesebelasan skuad kebangsaan.
“Saya percaya kepada pemain saya. Biarpun kami tiada muka wajib dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan namun itu tidak menjadi masalah. Kami tidak akan berhenti daripada berlatih dan esok (semalam) kami akan melakukan latihan pemulihan dalam kalangan pemain.
“Tiada apa lagi yang saya boleh minta daripada pemain. Norazlan (Razali) serta Nazmi dan juga yang lain cukup hebat malah saya bangga melihat cara kami bermain,” katanya lagi.
Sementara itu, pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari tidak mahu menyentuh isu kontrak pemain sehingga tamat musim ini bagi membolehkan mereka fokus sepenuhnya kepada aksi final Piala Malaysia.
“Fokus saya adalah kepada perlawanan final dan kita akan tumpukan untuk memenangi perlawanan tersebut dengan pasukan yang kita tidak pernah temui musim ini.
“Saya percaya dengan pasukan ini sehingga penghujung musim,” kata Amirudin.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mehmet-mahu-ulangi-hatrik-1.166637#sthash.kEHaRm09.dpuf