Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
Penyerang import
PKNS FC, Matias Hadwa. KUALA LUMPUR: Tiada rasa gentar disuarakan penyerang
import PKNS FC, Matias Hadwa meskipun berdepan cabaran besar pada aksi suku
akhir kedua Piala Malaysia bertemu penyandang juara, Selangor di Stadium Shah
Alam, malam ini.
Juara 33 kali itu
dilihat memiliki peluang lebih cerah untuk mara ke separuh akhir apabila
berkelebihan empat gol di tempat lawan susulan kemenangan 4-3 pada aksi
pertama, namun penyerang kelahiran Palestin itu yakin rakan sepasukannya mampu
bangkit untuk mengecewakan The Red Giants di laman sendiri.
"Perlawanan
yang besar buat kami namun kami tidak takut memandangkan kami sudah berjaya
menangani cabaran daripada beberapa pasukan Liga Super sebelum ini, malah kami
berjaya meledak tiga gol pada aksi suku akhir pertama yang lalu.
"Jadi, pengalaman menentang pasukan Liga
Super itu akan digunakan sebaiknya bagi memperagakan aksi yang meyakinkan dan
kami yakin 100 peratus dengan kemampuan kami. "Kami optimis dapat
melakukan kejutan esok (malam ini) sekali gus mara ke separuh akhir Piala
Malaysia," katanya ketika dihubungi BH Sukan.
Justeru, dia
turut berhasrat untuk merobek gawang skuad bimbingan K Gunalan itu selepas
gagal meraih sebarang gol pada pertembungan pertama antara kedua-dua pasukan.
"Menjadi
tanggungjawab seorang penyerang untuk menjaringkan gol, jadi saya akan cuba
sedaya upaya untuk mendapatkan gol bagi membantu pasukan berada dalam keadaan
lebih selesa. "Apapun, kerjasama berpasukan lebih penting dan saya tidak
akan mementingkan diri sendiri untuk mengejar rekod peribadi," katanya
yang sudah meledak 19 gol buat skuad Semut Merah itu pada musim ini.
SUMBER://www.bharian.com.my/node/193450
Tiada ulasan:
Catat Ulasan