Rodly Fadly-sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur:
Penyerang import Polis Diraja Malaysia (PDRM), Guilherme de Paula (gambar,
kiri) berharap rakan sepasukan membalas pengorbanan dilakukannya dengan
memastikan pasukan itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
Berdepan Kelantan
pada suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu ini dengan berbekal
kemenangan 2-1, PDRM akan turun tanpa kelibat Guilherme dan K Reuben akibat
menerima kad merah pada aksi pertama di Kota Bharu, 28 Ogos lalu.
Guilherme
menerima hukuman itu selepas dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-89
kerana melambat-lambatkan permainan. Walaupun kecewa, namun dia menganggap
itulah harga yang perlu dibayar demi memastikan kemenangan PDRM.
“Ketika itu kami
sedang mendahului 2-1 dengan permainan berbaki lima minit termasuk masa
kecederaan. Kelantan pula begitu rancak menyerang untuk mencari gol penyamaan.
“Oleh itu kami
perlu melakukan apa saja untuk mempertahankan kelebihan itu apatah lagi bermain
dengan 10 orang selepas Reuben dibuang padang pada awal babak kedua. Sudah
pasti salah satu taktik adalah melambat-lambatkan permainan.
“Saya sedar
ketika itu sudah memiliki satu kad kuning dan berisiko untuk mendapat kad
kuning kedua jika saya tersalah percaturan. Apa yang saya bimbangkan akhirnya
menjadi kenyataan apabila diarah keluar padang pada minit akhir perlawanan.
“Namun, saya
tidak kesal kerana inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi pasukan.
Saya harap rakan sepasukan menghargai dan membalas pengorbanan saya ini dengan
layak ke separuh akhir,” katanya.
Guilherme yakin
dengan bekalan kemenangan 2-1, kelebihan jaringan di tempat lawan serta bermain
di gelanggang sendiri, PDRM berada di landasan terbaik untuk mara ke separuh
akhir Piala Malaysia.
“Kemenangan 2-1
di Kota Bharu pada suku akhir pertama amat berharga kerana selain menang, kami
membawa pulang bekalan gol dari tempat lawan. Apatah lagi kali ini kami akan
bermain di gelanggang sendiri.
“Tiga faktor ini
sudah cukup untuk meyakinkan saya PDRM mampu mara ke separuh akhir walaupun
bermain tanpa saya dan Reuben. Ini kerana kami tidak bergantung kepada seorang
pemain saja sebaliknya memiliki ramai pemain yang berkemampuan mengisi
kekosongan pada bila-bila masa.
“Malah, saya
yakin jurulatih (Fauzi Pilus) sudah mempunyai perancangan terperinci untuk
menghadapi perlawanan ini terutama dalam mengekang asakan Kelantan yang juga pasti
akan bermain bermati-matian untuk mencapai kemenangan,” ujar Guilherme.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2016 @ 9:48 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan