SABTU, 17
SEPTEMBER 2016 @ 10:48 AM
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
Penyerang import
PKNS FC, Matias Hadwa. KUALA LUMPUR: Tiada rasa gentar disuarakan penyerang
import PKNS FC, Matias Hadwa meskipun berdepan cabaran besar pada aksi suku
akhir kedua Piala Malaysia bertemu penyandang juara, Selangor di Stadium Shah
Alam, malam ini.
Juara 33 kali itu dilihat memiliki peluang
lebih cerah untuk mara ke separuh akhir apabila berkelebihan empat gol di tempat
lawan susulan kemenangan 4-3 pada aksi pertama, namun penyerang kelahiran
Palestin itu yakin rakan sepasukannya mampu bangkit untuk mengecewakan The Red
Giants di laman sendiri.
"Perlawanan yang besar buat kami namun
kami tidak takut memandangkan kami sudah berjaya menangani cabaran daripada
beberapa pasukan Liga Super sebelum ini, malah kami berjaya meledak tiga gol
pada aksi suku akhir pertama yang lalu.
"Jadi,
pengalaman menentang pasukan Liga Super itu akan digunakan sebaiknya bagi
memperagakan aksi yang meyakinkan dan kami yakin 100 peratus dengan kemampuan
kami. "Kami optimis dapat melakukan kejutan esok (malam ini) sekali gus
mara ke separuh akhir Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi BH Sukan.
Justeru, dia
turut berhasrat untuk merobek gawang skuad bimbingan K Gunalan itu selepas
gagal meraih sebarang gol pada pertembungan pertama antara kedua-dua pasukan.
"Menjadi tanggungjawab seorang penyerang untuk menjaringkan gol, jadi saya
akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan gol bagi membantu pasukan berada dalam
keadaan lebih selesa.
"Apapun,
kerjasama berpasukan lebih penting dan saya tidak akan mementingkan diri
sendiri untuk mengejar rekod peribadi," katanya yang sudah meledak 19 gol
buat skuad Semut Merah itu pada musim ini.
Sumber://www.bharian.com.my/node/193450
Tiada ulasan:
Catat Ulasan