Jumaat, 28 Julai 2017

Peluang ke suku akhir masih terbuka

Peluang ke suku akhir masih terbuka

13 pasukan bersaing rebut tempat lapan terbaik
29 Julai 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 28 Julai – Peluang untuk 13 pasukan merebut slot ke peringkat suku akhir Piala Malaysia masih terbuka cuma tiga lagi pasukan iaitu Sarawak, PKNS FC dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC yang menghuni tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing mungkin hampir tertutup.

TONGGAK Kedah, Syazwan Zainon (kiri) bakal membawa cabaran Kedah menentang Melaka United dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka, hari ini.
Bagaimanapun pertandingan piala berprestij itu saban tahun menghadirkan kejutan, oleh itu, keputusan perlawanan esok mungkin boleh dijadikan ukuran untuk menilai pasukan mana yang mempunyai peluang besar melangkah ke peringkat seterusnya.


Jika melihat persaingan daripada keempat-empat kumpulan, saingan kumpulan C paling mencuri tumpuan apabila tiga pasukan dalam kumpulan tersebut iaitu Kedah, Melaka United dan Kelantan masing-masing berkongsi enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan sekali gus menyaksikan perebutan tempat suku akhir bakal berlangsung sengit.

Pengendali Kedah, Nidzam Adha Yusoff mengakui perebutan kedudukan juara dan naib juara dalam kumpulan C amat sengit tetapi dia optimis bahawa pasukannya mampu untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

Advertisement           

            Powered By YuMe
Lang Merah yang bakal berkunjung ke Stadium Hang Jebat bertemu Melaka United berada dalam motivasi yang tinggi setelah membelasah Kelantan 5-0 dalam saingan Liga Super Rabu lalu.

“Berdasarkan prestasi ketika ini, saya percaya Kedah mampu meraih tiga mata di sana. Namun tidak bermakna kita memandang mudah cabaran pasukan lawan.

“Saya sentiasa mengingatkan pemain-pemain bahawa setiap perlawanan penting dan perlukan komitmen 100 peratus,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya adakah akan mengekalkan barisan sama ketika aksi menentang Kelantan tempoh hari, Nidzam memberitahu bahawa mungkin akan ada beberapa pertukaran.

Dalam pertemuan pertama menyaksikan Lang Merah menewaskan Melaka United 2-0 di Stadium Darul Aman pada 4 Julai lalu.

Sementara itu, Selangor mahu mengekalkan rekod bersih dalam saingan kumpulan apabila bertandang ke Kuala Terengganu, berkemungkinan besar akan dapat menurunkan barisan pemain terbaiknya termasuk Rufino Segovia dan Andik Vermansyah.

Dalam pada itu, ketua pasukan Perak, Shahrom Kalam meminta rakan sepasukan melupakan kekalahan kontroversi Johor Darul Ta’zim (JDT), sebaliknya menumpukan perhatian untuk memastikan Perak mara ke suku akhir



SUMbeR_Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/peluang-ke-suku-akhir-masih-terbuka-1.508522#ixzz4oB0ptn1w

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan