Khamis, 30 November 2017

Kedah juara lagi

ARKIB : 24/08/2008
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD dan SAYED HISHAM IDRIS
 
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersama-sama Ketua Pasukan Kedah , Victor Andrag menjulang Piala Malaysia yang dimenangi skuad Hijau Kuning selepas menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR - Kedah membuktikan kejaguhan mereka sebagai gergasi bola sepak negara selepas membenam Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-82 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.Kejayaan itu sekali gus menjulang Kedah untuk terus mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu juara liga, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut.

Di samping itu, ia merupakan kali keempat Kedah menjulang Piala Malaysia selepas melakukannya pada 1990, 1993 dan 2007.

Lebih manis, kejayaan Kedah itu dicipta di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan kira-kira 50,000 penonton.

Kejayaan gemilang ini turut dilihat sebagai hadiah perpisahan paling bermakna buat Marlon, Nelson dan Cornelius Bernard Huggins ekoran larangan terhadap khidmat pemain asing mulai musim depan.

Marlon dan Nelson menyeksa Selangor dengan dua gol dalam tempoh dua minit mulai minit ke-30 disusuli Fadly pada minit ke-38 sementara Selangor membuka jaringan menerusi pemain import dari Liberia, Frank Seator, minit ke-17 sebelum Safee Sali cuba merapatkan jurang kedudukan pada minit ke-77.

Anak didik Azraai Khor Abdullah turut menyekat hajat Gergasi Merah Kuning bimbingan Dollah Salleh untuk menebus dendam kekalahan 3-2 pada perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, 21 Jun lalu.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4zvJQhUdC

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 28 November 2017

Rekod bersih UPB-MyTeam lebur


 

ARKIB : 13/07/2008
TONGGAK tengah Kedah, Mohd. Fazli Baharom (kiri) diasak oleh pemain Kuala Lumpur dalam saingan bola sepak Piala Malaysia di Stadium KLFA, Cheras, malam tadi.

KUALA LUMPUR - UPB-MyTeam yang sudah mengesahkan kedudukan sebagai pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia tewas mengejut kepada Johor PG 1-2 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Ini merupakan kekalahan sulung UPB-MyTeam dalam kempen Piala Malaysia musim ini selepas tujuh perlawanan.

Sebelum ini pasukan bimbingan Bojan Hodak mencipta enam kemenangan berturut-turut tanpa mencicirkan satu mata pun.

Kekalahan pendahulu Kumpulan C itu bagaimanapun tidak banyak membantu Johor PG untuk mencerahkan peluang ke suku akhir ketka saingan peringkat kumpulan berbaki dua atau tiga perlawanan sahaja lagi.

Sebaliknya ia memberi ruang lebih terbuka kepada Perlis dan Perak untuk mengiringi UPB-MyTeam daripada Kumpulan C ke suku akhir.

Ini selepas menyaksikan Perlis menang 4-1 ke atas Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan manakala Perak membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Saingan dalam Kumpulan A pula menyaksikan perebutan tempat ke suku akhir bertambah sengit apabila dua pasukan teratas, Kelantan dan Negeri Sembilan tewas di tempat sendiri.

Kelantan tewas 0-1 kepada jiran, Terengganu di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu manakala Negeri Sembilan tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Keputusan itu membolehkan keempat-empat pasukan memiliki peluang yang seimbang untuk ke suku akhir.

Satu lagi perlawanan membabitkan dua pasukan tercorot Kumpulan A menyaksikan Sarawak menewaskan Melaka 4-1 di Stadium Sarawak Kuching.

Juara bertahan, Kedah pula terus memperbaiki kedudukan untuk layak ke suku akhir selepas membenam Kuala Lumpur 4-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Bagaimanapun pasukan bimbingan Azrai Khor Abdullah itu masih perlu mengatasi saingan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Johor FC yang turut mencatat kemenangan semalam.

PDRM menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Bandaraya. Begitu juga Johor FC yang menewaskan Sabah di Stadium Pasir Gudang.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4zjpVuo7I

© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 27 November 2017

Malam penuh kejutan

ARKIB : 28/06/2008
 
Penjaga gol Kuala Lumpur, Saiful Amar Sudar (kiri) berjaya menyelamatkan situasi bahaya di depan pintu gol daripada asakan Ahmad Fauzi Shaari (kanan) dalam saingan Piala Malaysia di Alor Star, malam tadi.
- Gambar KAMAL BASIR

KUALA LUMPUR - Saingan Piala Malaysia penuh dengan kejutan, semalam apabila pasukan-pasukan pilihan tumpas tanpa diduga.

Paling mengejutkan membabitkan juara berganda, Kedah yang tewas tipis 0-1 kepada Kuala Lumpur di gelanggang keramat mereka, Stadium Darul Aman dalam saingan Kumpulan B.

Stanley Bernard menjadi pemusnah juara Liga Super dan Piala FA itu menerusi jaringan pada minit ke-69.

Ternyata perlawanan malam tadi bukan milik Kedah. Walaupun menguasai permainan pada separuh masa kedua menerusi asakan bertali arus, serangan-serangan skuad Hijau Kuning sering kali tersasar atau diselamatkan penjaga gol Kuala Lumpur, Saiful Amar Sudar.

Turut kecundang ialah Selangor yang dibelasah Negeri Sembilan 0-3 juga di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam dalam saingan Kumpulan A.

Begitu juga dengan Terengganu yang tewas mengejut 1-2 kepada negeri jiran, Kelantan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.

Perak pula berpesta gol dengan membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0 di Stadium Perak dengan Carlos Caceres menyumbat tiga gol untuk pasukan itu.

Dua gol dalam masa dua minit di penghujung babak pertama pula membantu Perlis menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar.

Sementara UPB-MyTeam bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-2 ke atas Johor PG di tempat lawan
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4zcl0GpBb

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 26 November 2017

Juara bertahan bermula hambar


 

ARKIB : 12/06/2008
Penyerang Johor FC, Walter Ariel Silva (kiri) diasak oleh pemain pertahanan Kuala Lumpur pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium JCORP, Pasir Gudang semalam.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kedah memulakan kempen Piala Malaysia dengan agak hambar apabila hanya sekadar mampu seri 1-1 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Kumpulan B di Stadium Darul Aman, semalam.

Bermain tanpa ketiga-tiga pemain importnya, Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Benard Hugging, Kedah ternyata tidak cukup garang untuk menjinakkan lawan mereka.

Dengan mengharapkan kepada penyerang muda tempatan seperti Badrul Bakhtiar dan Shafiq Jamal dan Khyril Muhymeen, pasukan tuan rumah jelas sukar mencari jaringan.

Bagaimanapun mereka bernasib baik apabila lebih dulu di depan menerusi tandukan Shafiq yang menyambut hantaran lintang Badrul pada minit ke-17.

Tetapi PDRM hanya memerlukan masa tujuh minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan menerusi Norfarhan Mohd. yang menampan hantaran lintang Michael Barasa.

Satu lagi perlawanan tumpuan dalam Kumpulan A antara Terengganu dan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah juga berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Selangor lebih dulu membuka jaringan menerusi pemain importnya, Evan Chisulo (m-10) sebelum Terengganu menyamakan kedudukan menerusi Emmanuel Ispanul (m-58).

Naib juara Liga Super, Negeri Sembilan pula menang tipis 1-0 ke atas Melaka dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Hang Jebat.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Razak menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-88.

Perak yang beraksi di tempat sendiri di Stadium Perak yang hampir kosong pula turut seri 1-1 dengan Perlis.

Biar pun berjaya mendahului seawal minit ke-3 menerusi Carlos Caceres tetapi Philimon Chipeta meranapkan peluang Perak untuk meraih tiga mata dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4zaR4Pedz

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 4 November 2017

KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 2-0 KEDAH



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT    2-0 Kedah
m-2 Aidil Zafuan
m-63 Cabrera
PEMAIN JOHOR DT
22 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
27 FADHLI SHAS
15 FAZLY MAZLAN
13 GARY ROBBAT
08 SAFIQ RAHIM
50 NATXO INSA
11 GONZALO CABRERA
10 GABRIEL GUERRA
09 HAZWAN BAKRI
PEMAIN GANTIAN
04 AFIQ FAZAIL
25 JUNIOR ELDSTAL
20 AZRIF NASRUL HAQ
PEMAIN KEDAH
25 MOHD IFWAT AKMAL
15 MOHD RIZAL GHAZALI
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
04 ZACHARY ANDERSON
27 ARIFF FARHAN
07 BADDROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
10 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINON
09 KEN IISO
16 AMIRUL HISYAM
PEMAIN GANTIAN
19 FARHAN ROSLAN
03 FITRI OMAR
12 AKRAM MAHINAN

TERKINI MASA KEDUA JOHOR DT 2-0 KEDAH



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT    2-0 Kedah
m-2 Aidil Zafuan
m-63 Cabrera
PEMAIN JOHOR DT
22 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
27 FADHLI SHAS
15 FAZLY MAZLAN
13 GARY ROBBAT
08 SAFIQ RAHIM
50 NATXO INSA
11 GONZALO CABRERA
10 GABRIEL GUERRA
09 HAZWAN BAKRI
PEMAIN GANTIAN
04 AFIQ FAZAIL
25 JUNIOR ELDSTAL
20 AZRIF NASRUL HAQ
PEMAIN KEDAH
25 MOHD IFWAT AKMAL
15 MOHD RIZAL GHAZALI
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
04 ZACHARY ANDERSON
27 ARIFF FARHAN
07 BADDROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
10 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINON
09 KEN IISO
16 AMIRUL HISYAM
PEMAIN GANTIAN
19 FARHAN ROSLAN
03 FITRI OMAR
12 AKRAM MAHINAN

TERKINI MASA KEDUA JOHOR DT 1-0 KEDAH



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT    1-0 Kedah
m-2 Aidil Zafuan
PEMAIN JOHOR DT
22 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
27 FADHLI SHAS
15 FAZLY MAZLAN
13 GARY ROBBAT
08 SAFIQ RAHIM
50 NATXO INSA
11 GONZALO CABRERA
10 GABRIEL GUERRA
09 HAZWAN BAKRI
PEMAIN GANTIAN
04 AFIQ FAZAIL
PEMAIN KEDAH
25 MOHD IFWAT AKMAL
15 MOHD RIZAL GHAZALI
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
04 ZACHARY ANDERSON
27 ARIFF FARHAN
07 BADDROL BAKHTIAR
08 LIRIDON KRASNIQI
10 SANDRO DA SILVA
22 MOHD SYAZWAN ZAINON
09 KEN IISO
16 AMIRUL HISYAM