Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my

KAPTEN Kedah, Baddrol Bakhtiar
dan Farhan Roslan antara pemain yang perlu disekat Pahang apabila kedua-dua
pasukan bertemu pada separuh akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu ini.
Ia diakui pemain pertahanan Tok
Gajah, Zubir Azmi yang melihat skuad Lang Merah bergantung kepada dua pemain
itu selain barisan import.
"Bagi saya, kami tidak boleh
membiarkan Baddrol dan Farhan mengawal permainan di bahagian tepi dan serangan
kerana mereka mampu melakukan jaringan.
"Pada masa sama, Kedah juga
memiliki kelebihan yang dibantu pemain import untuk memberi tekanan kepada kami
termasuk sokongan padu peminat Lang Merah.
"Tapi misi kami bukan saja
mencatat keputusan positif tetapi ia lebih kepada mendapatkan bekalan gol di
tempat lawan nanti," katanya.
Zubir berkata, kunjungan skuad
itu ke Stadium Darul Aman, Alor Setar mempunyai misi besar untuk
sekurang-kurangnya mencatat bekalan selesa.
Katanya, keputusan seri 0-0 pada
saingan Liga Super di Alor Setar dan menang 1-0 di Kuantan memberi petanda
positif buat skuad kendalian Dollah Salleh itu.
"Ketika seri tanpa jaringan
di Alor Setar, saya bermain dan atas sebab itu boleh dikatakan Kedah sukar
ditewaskan di tempat mereka.
"Tapi, kami tidak boleh
membenarkan mereka membolosi gawang Pahang dan diharapkan keputusan terbaik
diperolehi di sana nanti.
"Persefahaman dan fokus
sepanjang 90 minit permainan akan memastikan Pahang tidak pulang dengan tangan
kosong," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 15 Oktober 2019 @ 2:24 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan