Sabtu, 23 September 2017

Saingan rebut suku akhir Piala Malaysia semakin hangat



ARKIB : 30/04/2007

KUALA LUMPUR – Saingan memburu tempat ke suku akhir bola sepak Piala Malaysia kian sampai ke penghujung dengan baki dua perlawanan bakal menjadi penentu buat lapan pasukan mengisi tempat tersebut.

Selepas mengharungi lapan perlawanan masih belum ada pasukan yang mampu meloloskan diri ke suku akhir dan pastinya perlawanan terakhir kumpulan pada 26 Mei nanti akan menjadi penentu.

Tiga pasukan yang membabitkan pendahulu setiap kumpulan iaitu Selangor dengan 16 mata, Terengganu (17) dan Kedah (16) hanya memerlukan satu kemenangan sahaja buat mengesahkan tempat ke suku akhir yang akan berlangsung Jun nanti.

Saingan Sabtu ini, merupakan perlawanan kesembilan setiap pasukan jelas amat penting buat ketiga-tiga pasukan itu yang mesti meraih kemenangan.

Jika menang Selangor, Terengganu dan Kedah sudah menempah tempat ke suku akhir berbanding beberapa pasukan lain yang terpaksa bergelut dalam dua baki perlawanan lagi bagi menentukan tempat mereka.

Selangor yang menewaskan Perlis 1-0 Sabtu lepas, akan menanti kunjungan Johor FC di Stadium Shah Alam, tugas mudah buat skuad bimbingan jurulatih Dollah Salleh.

Skuad Merah Kuning tidak mempunyai banyak pilihan dan mesti menewaskan Johor FC lawan yang turut memburu kemenangan buat mencerahkan laluan dalam kelompok lapan pasukan.

Begitu juga Terengganu yang mencipta rekod menewaskan ATM 9-1, jaringan terbesar dalam siri Piala Malaysia setakat ini akan menanti jiran Kelantan, pertembungan paling sengit diramalkan.

Kelantan pastinya tidak mahu kalah memandangkan mereka turut berpeluang untuk mara jika berjaya menewaskan pendahulu Kumpulan B itu.

Kedah pula akan menjadi tuan rumah dengan kedatangan pendahulu Liga Perdana, Polis di Stadium Darul Aman, pastinya kelebihan memihak kepada skuad Hijau Kuning.

Turut berpeluang untuk mengisi tempat ke suku akhir dalam Kumpulan A selepas Selangor ialah Perlis (11), Johor FC (11), Johor Pasir Gudang (10) dan Telekom Melaka (10).

Persaingan empat pasukan dianggap paling getir dengan masing-masing perlu memburu dua kemenangan yang tinggal untuk menempah tempat dalam kelompok lapan pasukan.

Begitu juga saingan getir dalam Kumpulan B sambil Terengganu selangkah kaki sudah ke suku akhir persaingan membabitkan Negeri Sembilan Naza (15), Melaka (13) dan Kelantan (10) untuk menentukan satu lagi tempat.

Dalam saingan Kumpulan C, selepas Kedah persaingan tiga penjuru menjadi tumpuan di antara Perak (14), Sabah (12) dan PDRM (11).

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4tYclII9v
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 22 September 2017

Piala Malaysia: Selangor, Perak, Perlis rebah



ARKIB : 18/03/2007

KUALA LUMPUR – Rekod tanpa kalah Selangor gagal dipertahankan apabila tewas mengejut 2-1 kepada TMFC dalam saingan Kumpulan A bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Debrah Derrick memberikan gol awal buat TMFC pada minit ke-16 tetapi bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhili mengikat kedudukan 1-1 di minit ke-35.

Gol kemenangan dijaringkan oleh Hairul Nizam Haniff pada minit ke-45.

Di Stadium Jcorp, Johor Pasir Gudang meraih tiga mata penuh apabila mudah mengetepikan saingan Kuala Lumpur 3-2.

Gol-gol tuan rumah dijaringkan oleh Aiyajuwolo Emola (m-17), Mohd. Ridzuan Maun (m-66) dan Mohd. Jasazrin Jamaluddin (m-74) manakala Kuala Lumpur memperoleh jaringan menerusi Mohd. Ivan Yusof (m-49) dan Salamy Kevin Andri (m-89).

Di Stadium Utama, Kangar, tuan rumah Perlis tersentak mengalami kejutan apabila tewas tipis 1-0 kepada Johor FC.

Gol kemenangan Johor FC dijaringkan oleh pemain gantian Mohd. Syaiful Sabtu pada minit ke-89.

Buat Perlis ini adalah kekalahan kedua daripada lima perlawanan untuk kekal mengutip lima mata.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang mengalami kekalahan apabila tunduk 2-1 kepada Kelantan.

Membuka jaringan menerusi Taufik Ibrahim pada minit ke-11 namun dua jaringan pemain Kelantan melalui Carlos Patricio (m-42) dan Zulihsan Yunus (m71) meranapkan impian Pulau Pinang.

Dalam Kumpulan B, Terengganu merampas tampuk pendahulu apabila mudah menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Kemenangan itu memastikan Terengganu meraih 13 mata untuk memintas Melaka.

Dua gol menerusi Che Hishamuddin Hassan (m-37) dan Sharley Lins Miranda (m-45) sudah cukup memastikan kemenangan manis tuan rumah manakala gol sagu hati Melaka dijaringkan oleh Faderin Kader (m-82).

Dalam Kumpulan C, Kedah muncul sebagai pendahulu dalam saingan paling menarik dengan menewaskan Perak 2-1 di Stadium Darul Aman.

Gol kemenangan Kedah dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Saramsak Kram pada minit ke-90.

Perak membuka jaringan melalui Ahmad Shahrul Azhar (m-33) tetapi Marlon Alex James mengikat kedudukan pada minit ke-71.

Di Stadium Likas, Sabah gagal mengekalkan rekod tanpa kalah apabila tewas mengejut 2-1 kepada Polis.

Dua gol Polis jaringan Bernard Hsi Changi (m-10, m38) manaka gol Sabah menerusi Charles Obi lapan minit selepas itu.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah meraih kemenangan pertama menewaskan Pahang 3-1.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tPSPfzLa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 15 September 2017

KEPUTUSAN MASA PERTAMA SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    
Felda United   0-2       PKNP
                                   m-11,m-45 Shahrel Fikri
           
Selangor          0-2       Kedah
                             m-7, m-15 Ken Ilso
                       
Melaka United            1-2       Johor Darul Ta'zim
                                       m-7,m-34 Mohammed Ghaddar
m-45Marko Simic

Sabtu, 9 September 2017

KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA 9.9.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kumpulan A
Pahang                       3-2        T-Team
m-40 Matheus Alves   m-52 Syed Sobri       
m- Nor Azam Azih      m-55 Abdoulaye Maïga
m-84 Yamil Romero

Negeri Sembilan          0-0       PKNP
                       

Kumpulan B
Perak                      2-1            Felda United
m-25 Nizad Ayub       m- Danial Amier         
m-80 Shahrul Saad     

Kuala Lumpur             1-0       PKNS
m-48 Guilherme de Paula                  

Kumpulan C
Kedah             2-0       Kelantan
m-24 Sandro               
m-77 Ken Ilso
UiTM                5-3    Melaka United
m-12,m-37,m-90 Akanni Sunday      
m-29,m-70 Do Dong-hyun
                                   m-32 Jeon Woo-Young
                                  m-55 Azinee Taib
                                  m-86 Fauzi Roslan
Kumpulan D
Johor Darul Ta'zim      3-1       Selangor
m-16m-75 Md Ghaddar
                                        m-27 Rufino Segovia
m-29 Gary Steven Robbat     
           
Terengganu            3-3            Sarawak
m-26 Issey Nakajima 
m-28,m-42 Tchetche Kipre
                                            m-36 Mateo Roskam
                                            m-60 Abdul Rahim Abdul Razak
                                            m-84 Milos Raickovic

TERKINI MASA KEDUA PIALA MALAYSIA 9.9.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kumpulan A
Pahang                       2-2        T-Team
m-40 Matheus Alves   m-52 Syed Sobri       
m- Nor Azam Azih      m-55 Abdoulaye Maïga
Negeri Sembilan          0-0       PKNP
                       

Kumpulan B
Perak                      1-1            Felda United
m-25 Nizad Ayub       m- Danial Amier         
           
Kuala Lumpur             1-0       PKNS
m-48 Guilherme de Paula                  

Kumpulan C
Kedah             20        Kelantan
m-24 Sandro        m-52 Danial Amier             
           
UiTM                3-2    Melaka United
m-12,m-37 Akanni Sunday    
m-29 Do Dong-hyun
                                   m-32 Jeon Woo-Young
                                  m-55 Azinee Taib
Kumpulan D
Johor Darul Ta'zim      2-1       Selangor
m-16 Md Ghaddar
                                        m-27 Rufino Segovia
m-29 Gary Steven Robbat     
           
Terengganu            3-2            Sarawak
m-26 Issey Nakajima 
m-28,m-42 Tchetche Kipre
                                            m-36 Mateo Roskam
                                            m-60 Abdul Rahim Abdul Razak