Sabtu, 21 Oktober 2017

TERKINI KEPUTUSAN MASA KEDUA SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 21.10.2017




OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah             2-0       Felda United
                                   
Johor Darul Ta'zim      3-0       Perak

KEUTUSAN MASA PERTAMA SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 21.10.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah             0-0       Felda United
                                   
Johor Darul Ta'zim      0-0       Perak





22 DAREN LOK

TERKINI SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 21.10.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah             0-0       Felda United
                                   
Johor Darul Ta'zim      0-0       Perak

Ahad, 15 Oktober 2017

Malam penentuan



ARKIB : 08/09/2007
 
JADI REBUTAN... Mohd. Azraai Khor Abdullah (kiri) dan Steve Darby bersama Piala Malaysia yang akan menjadi rebutan Perak dan Kedah pada perlawanan akhir malam ini. – Gambar THE STAR.

KUALA LUMPUR - Malam ini bakal terbentang persaingan paling getir lagi mendebarkan buat dua pasukan terbaik, Kedah dan Perak yang akan membuat perhitungan menentukan siapa bakal bergelar juara Piala Malaysia edisi musim ini.

Seperti larisnya 81,000 tiket perlawanan yang habis dijual di kedua-dua buah negeri tersebut, begitu jugalah pertembungan sengit bakal dipamerkan oleh kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pertemuan pertama buat Kedah dan Perak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak menagih aksi paling ampuh buat menutup tirai bola sepak musim ini yang diselubungi pelbagai cerita sedih, gembira dan duka.

Pastinya masing-masing bakal menampilkan kesebelasan utama dengan Kedah mahu melebur penantian 17 tahun apabila kali terakhir bergelar juara pada 1990 manakala Perak pula sudah sembilan tahun kempunan mendakap piala paling berprestij iaitu muncul juara pada 1998.

Begitupun atas kertas, Kedah disifatkan pasukan paling ampuh dengan dua gelaran berada dalam genggaman iaitu juara Liga Super dan Piala FA ketika skuad Seladang mengidam menamatkan rentetan kejayaan skuad Hijau Kuning.

Biar apa pun telahan yang dibuat reputasi dalam saingan Liga Super dan Piala FA tidak boleh dijadikan ukuran sebaliknya tempoh 90 minit bakal menjadi penentu siapa bakal menjadi juara.

Buat Jurulatih Perak, Steve Darby yakin barisan pemain-pemain terbaiknya akan melakukan “sesuatu yang istimewa” untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali ketujuh.

Walaupun meramalkan satu pertembungan sengit di Stadium Nasional, Bukit Jalil , namun beliau percaya Perak berada di tahap terbaik untuk menyekat Kedah daripada memenangi gelaran ketiga musim ini.

‘‘Daripada 20 perlawanan terakhir yang kami harungi, kami hanya kalah sekali. Pemain kini berada pada tahap mentaliti dan fizikal tertinggi, dan amat bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir.

‘‘Walau pun kami kalah dua daripada lima pertemuan dengan Kedah sepanjang musim ini, namun saya yakin suasana final adalah berbeza, rekod bukan lagi sesuatu yang boleh dipegang,’’ kata Darby.

Perak turun dengan reputasi sebagai juara Piala Malaysia 2000, 1998, 1967, 1957, 1931 dan 1926, manakala Kedah merupakan juara 1990 dan 1993.

Menurut Darby, selepas berjaya memenangi dua lagi kejuaraan utama musim ini - Liga Super dan Piala FA, Kedah pastinya memikul tekanan hebat, manakala Perak harus lebih tenang berdepan lawan yang begitu yakin akan membawa pulang kejuaraan.

Sementara itu, jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah terus mengingatkan anak-anak buahnya supaya “menang atau mereka tidak akan menang selepas ini”.

Beliau percaya, pemainnya mendapat rehat yang cukup selepas mengambil keputusan untuk tidak menjalani latihan di gelanggang perlawanan, semalam dan bersedia 100 peratus menghadapi cabaran Perak.

‘‘Kami sudah melakukan segala persiapan yang diperlukan di Alor Star, jadi pasukan tidak memerlukan latihan tambahan di sini dan sebaiknya mereka berehat.

‘‘Saya harap perlawanan esok tidak akan berlanjutan sehingga 90 minit kerana tempoh yang lebih panjang pasti akan menyukarkan kedua-dua pasukan selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat,’’ kata Azrai.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4vZFyifrm
© Utusan Melayu (M) Bhd