Jumaat, 24 Oktober 2014

PENYOKONG PAHANG BERATUR PANJANG UNTUK MEMBELI TIKET


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Bandar Jengka 24 Oktober- Kebangkitan mendadak Kedah dalam kejohanan Piala Malaysia tahun 2014 tidak menggusarkan penyokong bola sepak Pahang. Mereka yakin sengat pemain muda Kedah seperti Hanif Mat Zahir, Rizal Ghazali, Farhan Roslan akan Syazwan Tajudin  tersekat dengan kehadiran semula Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart dan Hafiz Kamal. Pahang merupakan sebuah pasukan yang kuat dan berpengalaman bermain di pentas separuh akhir atau pusingan kalah mati. Pada tahun lepas Pahang membuktikan kemampuan mereka untuk menjuarai Piala Malaysia dengan menumpaskan pasukan pilihan Kelantan 1-0.

      Pertembungan pasukan Pahang dan Kedah bukanlah perkara baru. Pada tahun 1992 Pahang yang ketika merupakan juara Liga yang diketuai oleh Zainal Abidin Hassan bertemu dengan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir. Dalam perlawanan tersebut Pahang berjaya mengalahkan Kedah 1-0 hasil jaringan Zulhamizan Zakaria hasil kesilapan penjaga gol Kedah, Azmi Mahmud. Pasukan Pahang tahun 1992 diwakili oleh ;

BARISAN PEMAIN
BELAKANG DARI KIRI
Osaimi Jalil, Mike Brown, Jamal Nasir, Yunus Alif, Salahuddin Che Ros, Borhan Abu Samah, Tajuddin Nor, Riduwan Raffar dan Azhar Kamaluddin.
BARISAN TENGAH
Kairul Azaman Mohamad, Ahmad Yusof, Zulhamizan Zakaria, Tarmizi Tahar, Abu Bakar Ismail, Bakri Tahar
BARISAN KETIGA
Basrul Kharfi, Azharuddin Aziz, Dollah Salleh, Abdul Aziz Hamid, Muadzar Mohammad, Tahir Mat Amin dan Annas Ismail.
BARISAN DEPAN
Zainal Abidin Hassan, Alan Davidson, Mubin Mokhtar dan Fandi Ahmad.
SUMBER: BERITA HARIAN KHAMIS 19.11.1992


   Foto 1- Jam 10.12 masih ramai peminat bola sepak beratur untuk membeli tiket di Stadium Mini Bola Sepak Temerloh.
 Foto 2- Cuma satu kaunter tiket sahaja dibuka.

Rabu, 22 Oktober 2014

Tok Gajah banyak kelemahan

Kena segera bangkit jika mahu cari tiket ke perlawanan akhir
Oleh SHAHRINNAHAR LATIB (nahar.latib@utusan.com.my)  |  22 Oktober 2014 3:23 PM
 Pemain Pahang, R. Gopinathan (tengah) tetap menjalani latihan
Pemain Pahang, R. Gopinathan (tengah) tetap menjalani latihan di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam biarpun menyambut Deepavali hari ini. –UTUSAN/MAHATHIR ALI

Kapten Pahang, Mohd. Razman Roslan mengakui terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki skuad Tok Gajah selepas tewas 1-3 kepada Kedah dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Ahad lalu.

Katanya, pasukannya tidak boleh membuang masa dan perlu segera memperbaiki apa juga masalah jika mahu menjinakkan Lang Merah dalam perlawanan separuh akhir kedua di Kuantan, Jumaat ini.

Dalam aksi di Stadium Darul Aman minggu lalu, Pahang banyak melakukan kesilapan, terutama di bahagian serangan yang mempersiakan peluang selain bahagian tengah yang kurang berfungsi.

"Pertahanan juga banyak memberi peluang kepada lawan. Namun saya dan rakan akan bangkit untuk berjuang bagi membolehkan pasukan Tok Gajah menang ke atas Kedah," katanya di sini semalam.

Katanya lagi, dia memang kecewa dengan kegagalan pasukan menang pada perlawanan itu, namun tidak mahu memikirkan sebalik terus fokus untuk perlawanan separuh akhir kedua Jumaat ini.

"Kita akan bangkit untuk menang. Dengan kemasukan semua Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart saya yakin kita mampu beroleh kemenangan," katanya.

Katanya lagi, semua pemain diharap tidak leka dan mengambil mudah sebaliknya perlu mempamerkan kebangkitan agar sasaran untuk layak ke peringkat akhir tercapai.

Dalam pada itu, dia menyeru penyokong memenuhi Stadium Darul Makmur bagi menaikkan semula semangat pemain-pemain Tok Gajah.

Sementara itu, 32,500 keping tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Pahang dengan Kedah akan mula dijual di kuanter-kaunter tiket di Stadium Darul Makmur esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah berkata, seba­nyak lapan kaunter akan dibuka, termasuk kaunter khas untuk wanita.

“Selain itu, 5,000 keping tiket pula boleh diperolehi di Stadium Mini Temerloh, Temerloh, bermula pukul 10 pagi pada hari yang sama.

“Setiap pembelian akan dihadkan hanya empat keping seorang dan dua tiket sahaja untuk kanak-kanak,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, harga tiket kekal seperti biasa iaitu RM12 untuk terbuka, RM15 (terbuka berbumbung) dan RM25 (tempat duduk utama).

“Selain itu bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun tiket berharga RM8. Tiket dijual sehingga habis dan kalau ada lebih lagi, bakinya akan dijual pada Jumaat
-sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-banyak-kelemahan-1.15433#sthash.fszddCJz.dpuf

Isnin, 20 Oktober 2014

KEPUTUSAN PENUH FELDA UNTED 4-3 JOHOR DT


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Felda United                  4-4    Johor DT
m-6  Edward J.Wilson    m-53, m-89 Diaz
m-43 Syamim Yahya      m-80 Figueroa
m-61 m-93 Ndumba
PEMAIN FELDA UNITED
30 FARIZAL HARUN
06 NASRIQ BAHAROM
08 SHAHRULNIZAM MUSTAFA
10 ZAH RAHAN
11 SYAMIM YAHYA
12 SHUKOR ADAN
18 AIZULRIDZWAN
22 JUNIOR WILSON
23 INDRA PUTRA MAHAYUDDIN
24 MAKECHE NDUMBA
26 HASNI ZADI JAMIAN
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN JOHOR DT
22 AL HAFIZ HAMZAH
04 ASRARUDIN PUTRA
07 AIDIL ZAFUAN –K
14 HARIS HARUN
15 DAUSU JAMALUDDIN
16 SHAKIR SHAARI
17 AMRI YAHYA
09 NORSAHRUL IDLAN TALAHA
20 NAZRIN NAWI
27 FADHLI SHAS
42 PYRERA DIAZ
PEMAIN GANTIAN














KEPUTUSAN MASA PERTAMA FELDA UNTED 2-0 JOHOR DT

KEPUTUSAN MASA PERTAMA FELDA UNTED 2-0 JOHOR DT
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Felda United        2-0    Johor DT
m-6  Edward J.Wilson
m-43 Syamim Yahya
PEMAIN FELDA UNITED
30 FARIZAL HARUN
06 NASRIQ BAHAROM
08 SHAHRULNIZAM MUSTAFA
10 ZAH RAHAN
11 SYAMIM YAHYA
12 SHUKOR ADAN
18 AIZULRIDZWAN
22 JUNIOR WILSON
23 INDRA PUTRA MAHAYUDDIN
24 MAKECHE NDUMBA
26 HASNI ZADI JAMIAN
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN JOHOR DT
22 AL HAFIZ HAMZAH
04 ASRARUDIN PUTRA
07 AIDIL ZAFUAN –K
14 HARIS HARUN
15 DAUSU JAMALUDDIN
16 SHAKIR SHAARI
17 AMRI YAHYA
09 NORSAHRUL IDLAN TALAHA
20 NAZRIN NAWI
27 FADHLI SHAS
42 PYRERA DIAZ
PEMAIN GANTIAN





TERKINI FELDA UNTED 1-0 JOHOR DT

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Felda United        1-0    Johor DT
m-6  Edward J.Wilson
PEMAIN JOHOR DT
22 AL HAFIZ HAMZAH
04 ASRARUDIN PUTRA
07 AIDIL ZAFUAN –K
14 HARIS HARUN
15 DAUSU JAMALUDDIN
16 SHAKIR SHAARI
17 AMRI YAHYA
09 NORSAHRUL IDLAN TALAHA
20 NAZRIN NAWI
27 FADHLI SHAS
42 PYRERA DIAZ

PEMAIN GANTIAN

Ahad, 19 Oktober 2014

KEPUTUSAN PENUH KEDAH 3-1 PAHANG


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Kedah                           3-1 Pahang
m-9 Namkung Woong   m-91 Matias Conti
m-49 Farhan Roslan
m-93 Khyril Muhymeen
PEMAIN KEDAH
25 SAIFUL AMAR SUDAR
03 ADAM GRIFFITHS
06 SHAFIZAN HASYIM
07 BADDROL BAKHTIAR
09 BILLY MEHMET
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
35 FARHAN ROSLAN
31 SYAZWAN TAJUDIN
33 HANIF MAT ZAHIR
50 NAMKUNG WOONG
PEMAIN GANTIAN
18 KHYRIL MUHYMEEN
PEMAIN PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN
03 SAIFULNIZAM MISWAN
20 SHARIZAN SALEH
06 ZESH REHMAN
08 AZIDAN SARUDIN
19 FAUZI ROSLAN
11 FAIZOL HUSSAIN
12 AZAMUDIN AKIL
13 RAZMAN ROSLAN
09 MATOAS CONTI
24 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN

07 R.SURENDRAN

Piala Malaysia: Kedah dahului Pahang 1-0

AHAD, 19 OKTOBER 2014 @ 9:43 PM

 
PEMAIN pasukan Kedah Namkung Wong (depan) meraikan gol pertama Kedah dalam perlawanan menentang Pahang pada Piala Malaysia separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, malam ini. - Foto Amran Hamid
ALOR SETAR: Kedah mendapat cengkaman awal apabila berjaya mendahului Pahang 1-0 selepas tamat separuh masa pertama aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulaman, sebentar tadi.

Gol itu menyusul seawal minit kesembilan menerusi Namkung Wong hasil satu rembatan deras jarak jauh yang cantik.

Sumber-Berita Harian online 19.10.14

TERKINI MASA KEDUA- KEDAH 2-0 PAHANG


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Kedah                 1-0 Pahang
m-9 Namkung Woong
m-49 Farhan Roslan
PEMAIN KEDAH
25 SAIFUL AMAR SUDAR
03 ADAM GRIFFITHS
06 SHAFIZAN HASYIM
07 BADDROL BAKHTIAR
09 BILLY MEHMET
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
35 FARHAN ROSLAN
31 SYAZWAN TAJUDIN
33 HANIF MAT ZAHIR
50 NAMKUNG WOONG
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN
03 SAIFULNIZAM MISWAN
20 SHARIZAN SALEH
06 ZESH REHMAN
08 AZIDAN SARUDIN
19 FAUZI ROSLAN
11 FAIZOL HUSSAIN
12 AZAMUDIN AKIL
13 RAZMAN ROSLAN
09 MATOAS CONTI
24 R.GOPINATHAN
PEMAIN GANTIAN






TERKINI SEPARUH AKHIR 1- KEDAH 1-0 PAHANG


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Kedah                 1-0 Pahang

m-9 Namkung Woong

Tendang tiang bendera penjuru rai kemenangan JDT


17 Oktober 2014
Foto: Internet
Foto: Internet Foto: Internet

TUNKU  Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini semalam, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Baginda, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bertitah tindakan itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang manusia dan ahli sukan dalam meluahkan rasa kegembiraan.

"Ini cara saya untuk menunjukkan rasa puas hati dengan keputusan itu lebih-lebih lagi selepas JDT berdepan dengan pelbagai spekulasi dalam tempoh lebih seminggu ini," titah baginda kepada pemberita di sini hari ini.

Tunku Ismail mengulas sikap segelintir pihak yang mengkritik tindakan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, JDT mengalahkan Terengganu dengan agregat 3-1 dan layak ke separuh akhir menentang Felda United.

Tunku Ismail bertitah tindakan itu sebenarnya sudah dibayangkan baginda lebih awal iaitu ketika seorang adindanya bertanyakan mengenai apa tindakan yang dilakukan sekiranya JDT memenangi perlawanan terbabit.

"Saya jawab saya minat Ibrahimovic (Zlatan Ibrahimovic). Jadi saya ingat hendak raikan macam dia," titah baginda sambil menegaskan baginda turut tampil tunduk hormat kepada penyokong Terengganu sebagai tanda penghargaan mereka berkunjung menyaksikan perlawanan terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, baginda turut mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan menendang tiang terbabit sehingga menimbulkan salah faham kepada penonton dan peminat bola sepak tanah air.

Menurut baginda, media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi.   

Sementara itu, Tunku Ismail turut memaklumkan PBNJ telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pasukan dari Bundesliga, Borussia Dortmund, bagi tujuan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Perjanjian itu merangkumi kerjasama pembangunan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya, peminjaman tenaga pengajar dan penghantaran pemain muda untuk menimba pengalaman bersama kelab itu.

Baginda menegaskan persetujuan kerjasama terbabit menunjukkan pasukan kelab Bundesliga itu percaya dengan keupayaan yang dimiliki PBNJ. - Bernama


Sumber-Sinar Harian online 17.10.14

Cheng Ho lega tiada anak buah cedera


 piala malaysia

Cheng Ho lega tiada anak buah cedera
17 Oktober 2014
piala malaysia
JURULATIH Kedah, Tan Cheng Hoe merasa lega tiada pemain utamanya yang cedera atau digantung perlawanan sebelum mereka bertemu Pahang pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di tempat sendiri Ahad ini.

Beliau berkata pemainnya sedang menjalani latihan seperti biasa dalam usaha bagi memperoleh jumlah gol yang selesa dalam perlawanan pertama sambil menyedari Pahang merupakan juara bertahan kejohanan dan juara Piala FA musim ini.

"Motivasi saya kepada setiap pemain ialah fokuskan kepada permainan. Kita telah kenal pasti beberapa kelemahan terutama di bahagian tengah bagi memastikan    perancangan dan strategi yang diatur dapat menyumbang gol kemenangan sebagai bekalan untuk bertandang ke Pahang nanti.

"Pemain muda kita juga tidak konsisten permainan mereka sebelum ini dan kita  mahu mereka memberi persembahan terbaik seperti yang ditunjukkan ketika     menentang Kelantan pada saingan suku akhir," katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, beliau berharap tonggak utama iaitu Badrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan pemain import Billy Mehmet Osman mampu untuk
merancang dan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

"Walaupun Khyril Muhymeen tidak cergas sepenuhnya, tetapi kita harapkan sesuatu daripadanya untuk membantu pasukan. Kita harap pemain muda berani untuk   melakukan percubaan yang boleh menghasilkan gol," kata Cheng Hoe. - Bernama  Bagi perlawanan separuh akhir kedua, ia akan berlangsung di Kuantan pada 24 Okt.
Sumber-Sinar Harian online 17.10.14




Conti tak sabar beraksi


ROSILAWATI ROSEDI
18 Oktober 2014
 Zainal memberikan arahan kepada Conti (tengah) semasa sesi latihan di Kuantan, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian Oleh Mohd Khairul Azrin.
Zainal memberikan arahan kepada Conti (tengah) semasa sesi latihan di Kuantan, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian Oleh Mohd Khairul Azrin. Zainal memberikan arahan kepada Conti (tengah) semasa sesi latihan di Kuantan, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian Oleh Mohd Khairul Azrin.
TERLEPAS beraksi di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2014, penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti tidak sabar mempamerkan taring berdepan Lang Merah di Stadium Darul Aman malam esok, lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Tidak dapat diturunkan dalam dua perlawanan berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  kerana kad merah yang diterima dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Pasir Gudang, penyerang kelahiran Argentina itu pastinya menjadi senjata ampuh buat Pahang.

Malah ketiadaan pemain berusia 24 tahun itu sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan Pahang terutamanya penyudah baik yang diharapkan.

"Saya percaya dengan kerjasama rakan sepasukan dan semangat pemain akan membantu Pahang mencari bekalan selesa. “Yang penting taktikal dan strategi yang ditetapkan jurulatih (Zainal Abidin Hassan) akan kami gunakan sebaik mungkin," tegasnya.

Mengakui kecewa kerana tidak dapat beraksi sebelum ini, Conti ingin mempamerkan aksi sebaik mungkin membantu Pahang mencatat kejayaan dalam aksi separuh akhir sekali gus menempah tiket final musim ini.

Ketiadaan Orang Besi, Dickson Nwakaeme yang digantikan kerana dua kad kuning pastinya menjadikan Conti pilihan pilihan Zainal Abidin untuk mengetuai jentera serangan dan dijangka bakal digandingkan bersama Mohd Fauzi Rozlan.

Sumber-Sinar Harian online

Khamis, 9 Oktober 2014

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 2014



QF 2 - 10 Oktober 2014 (Jumaat)
53
QF 2
KL Felda United FC
mln
Selangor
8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Temerloh
54
QF 2
Kedah
mln
Kelantan
8.45mlm, Stadium Darul Aman, Alor Setar
QF 2 - 11 Oktober 2014 (Sabtu)
56
QF 1
PDRM
mln
Pahang
8.45mlm, Stadium Shah Alam
QF 2 - 17 Oktober 2014 (Jumaat)
55
QF 2
Johor Darul Ta;zim
mln
Terengganu
8.45mlm, Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin

SUMBER-http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2014/07/piala-malaysia-2014.html


Lupakan memori Darul Makmur

KUALA LUMPUR - Kegagalan membawa pulang bekalan selesa pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Pahang tidak mahu lagi diingati oleh pengendali PDRM, Azman Adnan yang menyifatkan The Cops telah mendapat pengajaran berguna di Stadium Darul Makmur, Jumaat lalu.

Mendahului satu jaringan dengan kelebihan seorang pemain selepas penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nourdin dilayangkan kad merah, mereka seolah-olah menolak tuah apabila membuka ruang kepada tuan rumah bangkit dengan memperoleh gol penyamaan pada babak kedua.

Berharap perkara sama tidak lagi berlaku di Stadium Shah Alam, Azman tetap menyifatkan keputusan seri 1-1 yang dicipta di Stadium Darul Makmur masih yang terbaik berdasarkan status Pahang.

"Apa yang berlaku di Darul Makmur mahu dilupakan oleh saya walaupun mungkin ada orang kata PDRM seolah-olah menolak tuah kerana gagal membawa pulang bekalan yang selesa apabila lawan beraksi dengan 10 pemain sahaja.

"Sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu daripada perlawanan berkenaan dan mengajar kita agar lebih fokus pada aksi kedua di Shah Alam, Sabtu ini kerana perlawanan suku akhir kedua suasananya pasti berbeza," katanya ketika ditemui pada sesi latihan PDRM di padang Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, semalam.

Jelas Azman, dia lebih selesa memilih pendekatan tidak mahu terlalu menonjol dan menganggap Tok Gajah sebuah lawan yang berpengalaman serta sukar dijinakkan atas faktor para pemain yang telah lama bersama selain turun dengan status juara musim lalu.

"Tekanan pasti memihak kepada Pahang kerana mereka adalah juara bertahan dan saya lebih selesa jika dianggap underdog, kami tiada kerugian apa-apa dan saya jangka pemain akan tampil dengan rentak positif untuk mengejutkan lawan.

"Kami telah mencapai matlamat asal kami iaitu melayakkan diri ke pusingan kalah mati, manakala Pahang sudah tentu bermati-matian mahu mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi tahun lalu.

"Pahang adalah sebuah skuad yang cukup serasi memandangkan telah dibentuk bersama dalam tempoh tiga ke empat tahun lalu semenjak era bekas jurulatih, Dollah Salleh berbanding kami yang kebanyakannya baharu bermain bersama pada musim ini," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Mohd. Muslim Ahmad menggesa rakan sepasukan agar berhati-hati dengan penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme yang pasti akan menjadi duri dalam daging kepada pertahanan The Cops.

Baginya, jika dia tidak dikawal, pemain dari Nigeria ini mampu membuatkan mereka berputih mata sekali lagi sebagaimana ditunjukkan pada aksi pertama di Stadium Darul Makmur apabila dia menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-55, walaupun Tok Gajah beraksi kekurangan seorang pemain.

"Barisan pertahanan nyata perlu berjaga-jaga dengan Dickson, dia memang seorang pemain yang berbahaya dan kita perlu memberikan perhatian yang khusus pada perlawanan itu nanti.

"Semua pemain kena memberikan komitmen lebih 100 peratus terutama semasa bertahan kerana Dickson dan pemain Pahang yang lain cukup berbahaya dalam situasi menyerang," katanya.
SUMBER-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141008/su_05/Lupakan-memori-Darul-Makmur#ixzz3FYooufbZ © Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 3 Oktober 2014

Felda malukan Selangor di Shah Alam

Felda malukan Selangor di Shah Alam
 
PEMAIN Selangor, Ahmad Hazwan Bakri (tengah) diasak dua pemain Felda, Mohd. Aizul Ridwan (kiri) dan Mohd. Nasriq Baharom dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
Advertisement

SHAH ALAM - Juara 32 kali Selangor tersembam di laman sen­diri apabila kalah tewas 0-4 di tangan naib juara Liga Perdana, Felda United di Stadium Shah Alam dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.

Pertahanan Selangor ternyata tidak berupaya mengekang pergerakan Ndumba Makeche yang meledak hatrik dengan jaringan pada minit ke-19, 83 dan 85.

Satu lagi gol Felda disumbangkan Edward Wilson Junior pada minit ke-45 hasil hantaran silang Mohd. Raimi Md. Noor.

Bertambah memburukkan keadaan, para penyokong Selangor membaling bom asap pada minit ke-86 yang dijangka akan menyebabkan skuad The Red Giants pasti dikenakan hukuman berat oleh FAM.Sementara itu pasukan pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Mendominasi hampir sebahagian besar aksi babak pertama khususnya pada awal perlawanan, anak buah Abdul Rahman Ibrahim bagaimanapun dihampakan oleh kegagalan rangkaian penyerang mereka menyudahkan peluang, terutamanya menerusi gandingan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin.

Pelawat yang sesekali mengasak berpeluang mendahului namun benteng pertahanan tuan rumah yang diterajui Vincent Bikana berjaya menidakkan peluang tersebut.

Keputusan seri 0-0 itu bagaimanapun memberi kelebihan kepada JDT yang akan menjadi tuan rumah di Johor Bahru 18 Oktober ini.

Dickson Nwakaeme pula menyelamatkan Pahang yang menempah laluan berduri apabila sekadar seri 1-1 dengan PDRM di Stadium Darul Makmur, yang menyaksikan penjaga gol tuan rumah Nasril Nourdin dibuang padang.

‘Orang besi’ Nwakaeme menja­ringkan gol pada minit ke-55 setelah PDRM terlebih dahulu memperoleh gol pertama minit ke-42 apabila sepakan bebas Charles Souza Chad di luar kotak ditepis penjaga gol gantian Khairul Azhan Mohd. Khalid hanya untuk menyaksikan Fauzi Abd. Majid menyambar bola dan menyepak masuk.

Sepakan bebas itu diperoleh apabila penyerang dari Maldives, Ali Ashfaq dijatuhkan oleh Nasril di luar kotak penalti yang menyebabkan dia dibuang padang.

Kelantan pula meraih bekalan selesa untuk ke Alor Setar nanti apabila menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV apabila Francis Forkey Doe menjaringkan dua gol.

Beraksi dalam keadaan hujan renyai di hadapan lebih 25,000 penyokong setia, Kelantan bermula garang apabila berjaya mendahului Kedah seawal minit ketujuh hasil jaringan Forkey Doe yang tenang menanduk masuk bola menerusi sepakan penjuru ketua pasukan Mohd. Badri Radzi.

Forkey Doe sekali lagi menceriakan penyokong tuan rumah dengan mele­dakkan gol kedua pada minit ke-24 dan semakin selesa 15 miinit selepas rehat apabila Ahmad Fakri Saarani meledakkan gol ketiga pada minit ke-60 menerusi tandukan terbang untuk menyambut umpanan Mohd. Badhri Radzi.

Kedah berjaya merapatkan jurang jaringan pada minit ke-70 menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti oleh pemain gantian, Syafiq Ahmad. Jaringan tersebut menyuntik semangat pelawat yang terus mengasak sehingga hampir memperolehi gol kedua pada minit ke-79 namun rembatan kencang Baddrol Baktiar dari luar kotak penalti ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat.
Sumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141004/su_06/Felda-malukan-Selangor-di-Shah-Alam#ixzz3F7tYBYKK © Utusan Melayu (M) Bhd